Jumaat, 8 April 2016

DISCOVER KEDAH 2016 - LATA EMBUN

Assalamualaikum.

Seterusnya kita akan ke Lata Embun. Kawasan ini sangat sesuai untuk perkelahan dan perkhemahan.

Lokasinya berhampiran kawasan Lata Lembu dan Lata Mengkuang. Aku turut mengalami masalah untuk menulis mengenai Lata Embun ini memandangkan tidak banyak info yang aku perolehi. 

Aku cuba mendapatkan bantuan penduduk setempat melalui FB. Terima kasih pada yang sudi berkongsi maklumat dengan aku iaitu ahli-ahli group FB Saya Orang Sik.




Gambar air terjun ini dikenali penduduk tempatan sebagai Hydro, air terjun Lata Embun berada di atas (puncak) air terjun Hydro ini
pic credit to : www.mdsik.gov.my

Bagi yang berminat untuk ke Lata Embun ini, dari pekan Sik, perlu melalui mini tar sebelah kiri (sebelum titi ke Lata Mengkuang) jalan terus hingga penghujung mini tar. Di situ adalah lokasi air terjun Hydro (seperti di gambar) . Perjalanan diteruskan  dengan mendaki tangga sebelah kiri dan akan tiba di sebah air terjun, itulah dia lokasi Lata Embun.

Sedikit mencabar, namun hasilnya pasti berbaloi.


"Kedah Malaysia..
where it all began"


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

KOMEN YANG MURNI2 AJE ...

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...