Selasa, 12 April 2016

DISCOVER KEDAH 2016 - MUDA RESORT

Assalamualaikum.

pic credit to :  FB Putera Firdaus


Kali ini kita akan berehat seketika di Muda Resort. Muda Resort yang juga dikenali sebagai Resort Muda Kota Aur, merupakan hak milik penuh MADA yang terletak 75 km dari Bandaraya Alor Star. Ia dibina di dalam kawasan seluas 80 ekar yang dikelilingi oleh kehijauan hutan dan pokok buah-buahan. Jaraknya dari Empangan Muda ialah 2 km.

pic credit to : FB Hasliza Harun

Pic credit to : FB Xamen Corp




pic credit to : www.mada.gov.my




Turut disediakan bilik penginapan berbentuk bilik, chalet dan dorm. kemudahan dewan, bilik mesyuarat dan aktiviti luar juga turut disediakan. Sangat sesuai untuk kursus, mesyuarat malah untuk penginapan percutian keluarga.

Di dalam kawasan Muda Resort ini juga turut mempunyai ladang rusa yang boleh dikunjungi ketika menginap disini.

Bayaran dikenakan mengikut jenis bilik yang disewa. Untuk tempahan, bolehlah lawati www.mada.gov.my. 



"Kedah Malaysia..
where it all began"

1 ulasan:

HATERS ARE NOT WELCOMED!!!

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...