Selasa, 26 April 2016

DISCOVER KEDAH 2016 - KOTA KUALA MUDA

Assalamualaikum.

Kali ini kita akan ke tempat bersejarah. Tempat dimana tesenarai diantara bermula ketamadunan Melayu di dalam Kerajaan Kedah Tua. Kota Kuala Muda merupakan bekas bandar ibu negeri Kedah yang dibina pada abad ke-17 dan 18. Ia dijadikan ibu negeri bagi menggantikan Kota Setar akibat ancaman serangan dari Siam.

pic google

Kota Kuala Muda terletak berhampiran pekan Kuala Muda, dan berhampiran Sungai Mas dan Kuala Sungai Muda. Ia menjadi tapak istana Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah, pusat pentadbiran kerajaan.

Terletak di muara Sungai Muda,Selatan Kedah. Tarikh pembinaannya dianggarkan sebelum kurun kelapan belas masihi. Pada masa lampau, Kota ini merupakan sebuah pusat perdagangan yang penting di Asia. Barang-barang yang diperdagangkan seperti bijih timah dan rempah ratus telah menarik minat pedagang-pedagang dari negeri China,India,Portugal,Belanda dan England, datang ke sini. 


Antara binaan purba yang masih kelihatan di sekitar Pekan Kuala Muda
pic credit to: www.exploingmalaysia.com

Ketiadaan pengangkutan darat telah menambahkan lagi kemakmuran Kota ini. Kota ini mencapai kemajuan pada tahun 1786 dengan terbukanya pusat perdagangan di Pulau Pinang. Barang dagangan seperti bijih Timah dari Kedah, Perak dan sebaliknya terpaksa melalui Kuala Kedah terlebih dahulu. Cukai telah dikenakan terhadap kapal-kapal tersebut dan dengan itu, Kuala Muda dengan pusat perdagangannya di Kota tersebut menjadi sebuah pusat yang maju dan sentiasa sibuk. 

Pada tahun 1804,perkembangan perdagangan di Kuala Muda yang berpusat di Kota ini telah menarik perhatian Sultan Kedah,Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah yang bersemayam di Alor Setar. Baginda kemudian telah memindahkan pusat persemayaman Ke Kuala Muda. Sebuah istana telah didirikan di Pulau Tiga yang berhampiran. Kehadiran baginda di Kuala Muda telah menambahkan lagi kemakmuran kota ini. Pada tahun 1875, Kota ini sekali menempa sejarahnya apabila Raja Ismail dari Perak bersembunyi di sini,setelah diburu oleh tentera Inggeris kerana pembunuhan J.W.W Birch. Baginda berada di sini selama enam bulan sehingga baginda menyerah diri kepada pihak Inggeris.



"Kedah Malaysia..
where it all began"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

KOMEN YANG MURNI2 AJE ...

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...