Selasa, 5 April 2016

DISCOVER KEDAH 2016 - EMPANGAN GUBIR

Assalamualaikum.

Jelajah ke-2 di Daerah Sik . Hari ini kita akan ke Empangan Gubir. Empagan Gubir merupakan salah satu sumber kawasan tadahan hujan utama di Negeri Kedah ini.

pic credit to : mienieda.blogspot.com

Berkeluasan 105,060 hektar persegi dan ia meliputi kawasan berair dan hutan rimba. Selain itu, empangan ini mempunyai 8 jenis sungai yang membekalkan air kepada empangan ini antaranya ialah Sungai Teliang, Sungai Muda, Sungai Laso, Sungai Baho, Sungai Pior dan Sungai Weng. Bagi Sungai Laso dan Sungai Baho, sumber airnya berasal dari negara jiran Malaysia iaitu Negara Thailand.

Dari jeti Empangan Gubir
pic credit to : Twitter UMR_Jeneri

Menariknya Empangan Gubir ini telah dihubugkan dengan Empangan Pedu di Daerah Padang Terap melalui sebuah terowong berkeluasan 60 kaki sepanjang 13km. Tujuan utama terowong ini dibina bagi menyalurkan air dari Empangan Gubir ke Empangan Pedu terutamanya intuk perairan kepada pesawah dan menjamin paras air antara kedua-dua empangan ketika musim hujan atau kemarau.


pic credit to : www.mdsik.gov.my

Bagi kaki pancing, sememangnya kawasan ini antara yang terbaik untuk dikunjungi. Turut disediakan bot dan sampan yang diusahakan penduduk tempatan. Bagi yang ingin beriadah dengan berkelah bersama keluarga, pastinya juga gigi empangan ini tempat terbaik namun tidak sesuai untuk mandi-manda.


"Kedah Malaysia..
where it all began"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

HATERS ARE NOT WELCOMED!!!

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...