Khamis, 14 Januari 2016

DISCOVER KEDAH 2016 - MAKAM PUTERI LINDUNGAN BULAN

Assalamualaikum.

Mungkin ada diantara kita yang tahu tentang kisah puteri ini.. Seorang puteri bernama Puteri Zaleha yang berdarah putih . Kisah dikaitkan dengan serangan Aceh ke atas Kedah kerana kemarahan Raja Acheh yang gagal memiliki puteri Raja Kedah itu. Tindakan Raja Kedah yang enggan menyerahkan puterinya yang berdarah putih sebaliknya menyerahkan puterinya yang berdarah merah, Puteri Mariam telah menyebabkan Acheh bertindak menyerang Kedah setelah rahsia itu terbongkar.

Walaupun Kedah telah tewas, tetapi Acheh gagal mencapai hasratnya kerana puteri tersebut telah disembunyikan di dalam sebuah lubang yang terletak agak terpencil sehingga cahaya bulan pun tidak dapat sampai. Lantaran itu, puteri tersebut digelar "Puteri Lindungan Bulan".





ww.bharian.com.my / AMRAN HAMID




Makam ini terletak di Kota Siputih,Padang Sera. Dikatakan pada ketika itu Sultan Sulaiman Syah telah  memerintah Kedah iaitu pada kurun ke-16, dan pusat pemerintahan baginda berpusat di Kota Siputih. 

Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam, sultan dari Acheh terlalu taksub untuk memiliki Puteri Berdarah Putih,seperti yang diramalkan nujum baginda yang mengatakan puteri tersebut adalah salah seorang puteri Sultan Sulaiman. Sebuah rombongan peminangan besar-besar dihantar ke Kedah. Sultan Sulaiman khuatir akan keselamatan Puteri Zaleha, tambahan pula baginda tahu akan perihal kelakuan sultan Acheh yang selalu bertukar isteri. 

Didorong atas rasa tersebut, baginda menukarkan Puteri Zaleha dengan Puteri Mariam, tanpa diketahui oleh rombongan peminangan tersebut. Setelah istiadat perkahwinan berlangsung, Puteri Mariam dibawa pulang ke Acheh. Berlaku satu kejadian, dimana dikatakan Puteri Mariam terluka akibat kacip pinang, dan mengeluarkan darah merah, mengakibatkan rahsia yang selama ini disimpan terbongkar. Menyedari baginda tertipu, Sultan Iskandar Muda memerintahkan negeri Kedah diserang.


pic credit to :Amran Hamid


Kedah tidak mampu menentang bala tentera Acheh yang gagah. Lalu Sultan Sulaiman memerintahkan sebuah lubang kubu dibina dibawah istana, tempat baginda menyembunyikan Puteri Zaleha. Kedah ternyata kalah dan Sultan Sulaiman serta para pembesar ditawan dan dibawa ke Acheh. 

Sewaktu tentera Acheh membinasakan istana dan kota untuk mencari puteri tersebut, walaupun bulan mengambang terang, tetapi pintu masuk kubu tersebut telah menjadi gelap menyebabkan tentera Acheh gagal mendapatkan Puteri Zaleha. Setelah begitu lama dalam tawanan, Sultan Sulaiman dan permaisuri mangkat dalam tawanan.
Dalam tempoh itu juga Puteri Zaleha yang begitu lama ditinggalkan di dalam lubang  kubu, juga mangkat. Jenazah baginda dimakamkan di puncak bukit Kota Siputih yang hingga kini dapat dilihat dan kejadian lindungan bulan di atas makam Puteri Zaleha masih terjadi hingga ke hari ini.



" Kedah Malaysia...
where it all began "

1 ulasan:

HATERS ARE NOT WELCOMED!!!

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...