Rabu, 13 Januari 2016

DISCOVER KEDAH 2016 - MAKAM TUNKU ANOM

Assalamualaikum.


Jelajah seterusnya di daerah Kubang Pasu, iaitu Tunku Anom yang merupakan Raja Negeri Kubang Pasu Darul Qiyam. Jika ada yang mengikuti entri-entri sebelum ini, ada disentuh mengenai sejarah Kubang Pasu yang pernah menjadi negeri namun diserahkan kembali kepada Kedah sebagai daerah .



Tunku Anum Abdul Rahman diputerakan pada 1790M. Beliau ditugaskan sebagai raja penghantar bunga emas dan perak semasa penaklukan Siam di Kedah (1821 - 1841). Tunku Anom juga digelar Paduka Raja Jambangan.

Tunku Anum berjaya memujuk raja Siam untuk mengembalikan takhta kerajaan raja Negeri Kedah kepada Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah II. Kerana jasa baktinya Sultan telah mengurniakan kawasan Kubang Pasu bersama 24 mukim pada Tunku Anum. Semenjak dari tahun 1841, Tunku Anum menjadi raja Negeri Kubang Pasu Darul Qiyam yang berpusat di bandar Pulau Pisang sehinggalah beliau mangkat pada hari Selasa 22 Syaaban 1269 bersamaan 31 Mei 1853 dan dimakamkan di Langgar, Pulau Pisang.

Tunku Anum telah memerintah Kubang Pasu selama 17 tahun dan mangkat pada tahun 1853 dan dimakamkan disana. Dikatakan, antara punca kemangkatan beliau adalah kerana terlalu sedih diatas kematian puteranya yg juga bakal pengganti beliau. 

Diatas kemangkatan beliau, cucundanya iaitu Tunku Ishak telah dijadikan sebagai pemerintah baru Kubang Pasu. Malangnya, Tunku Ishak seorang yang tidak bertimbang rasa dan enggan mendengar kata-kata para penasihatnya. Sebagai bantahan rakyat yang memuncak, Tunku Ishak akhirnya dipaksa memulangkan seluruh wilayah Kubang Pasu kepada Sultan Kedah iaitu Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram Shah III, Sultan Kedah ke 23.

pic credit to : saifudin-mtb.blogspot.my

http://www.memori-kedah.com/

Makam Tunku Anom terletak di kampung Pulau Pisang, Tunjang. Jaraknya  dari Pekan Jitra sejauh 7 km dan d28 km dari bandar raya Alor Setar. 


" Kedah Malaysia...
where it all began "

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

HATERS ARE NOT WELCOMED!!!

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...