Sabtu, 30 Januari 2016

DISCOVER KEDAH 2016 - AMAN CENTRAL MALL

Assalamualaikum.

Destinasi pertama di Bandaraya Alor Setar, adalah Aman Central Mall atau lebih mudah dikenali oleh penduduk tempatan sebagai Aman Mall.



Aman Mall kini dianggap sebagai mercutanda terbaru di Alor Setar. Baru sahaja di buka untuk orang ramai dan perasmian pada 1 Oktober 2014, Aman Mall menyediakan 330 lot kedai dan 60 booth niaga . Berkeluasan 1.25juta kaki persegi (keselurahan) yang terbahagi kepada 6 tingkat dan setiap tingkat seluas 800,000kaki persegi untuk tapak lot kedai dan booth jualan berserta 1700 lot parkir, Aman Mall merupakan pusat membeli-belah terbesar di Kedah.

pic credit to : www.estate123.com

Terletak di persimpangan Lebuhraya Sultan Abdul Halim dan Jalan Teluk Wanjah dan berhampiran dengan Menara Alor Setar, menjadikan pemandangan yang cukup menarik diwaktu malam.

Pelbagai jenis barang dijual di sini dan yang pastinya menjadi perhatian ramai adalah dengan adanya kedai-kedai barangan berjenama terkenal seperti H&M, Uniqlo, Padini Concept Store, Guess, Pandora, Nando’s, Starbucks Coffee, The Coffee Bean & Tea Leaf, Baskin Robins, Chi Fitness, Toy’s “R dan bermacam-macam lagi termasuklah panggung wayang Golden Screen Cinema dan pelbagai jenis restoran terkenal. Sehari mungkin tidak cukup untuk berjalan keseluruh bangunan yang tersergam indah ini.

Pastinya, Aman Central Mall ini, menjadi syurga membeli-belah untuk barangan berjenama di Kedah, tidak lengkap kunjungan ke Alor Setar jika tidak singgah di sini.


"Kedah Malaysia..
where it all began"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

KOMEN YANG MURNI2 AJE ...

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...