Jumaat, 8 Januari 2016

DISCOVER KEDAH 2016 - ISTANA TUNKU KUDIN

Assalamualaikum.

Entri ke destinasi seterusnya. Kali ini aku akan bawakan kisah mengenai Istana Tunku Kudin. Sebelum ini , ada pihak mendakwa Istana ini adalah milik Raja Bersiong , namun dakwaan itu disangkal oleh Persatuan Sejarahm kerana  Raja Bersiong tidak wujud dalam pemerintahan raja Kedah, tetapi hanyalah sebuah episod dalam Hikayat Merong Mahawangsa.

Istana lama berusia lebih 100tahun ini sebenarnya sudah lama terbiar. Dan penduduk tempatan amat berharap agar kerja baik pulih segera dilakukan. Tunku Kudin atau nama sebenarnya Tunku Dhiauddin ibni Sultan Zainal Rashid merupakan Raja Muda Kedah, ketika pemerintahan abangnya, Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram Shah pada 1854 hingga 1879.


Keadaan sekitar dan dalam bangunan istana lama ini



pic credit to :artmelayu.blogspot.com

gambar terkini Istana yang sudah dibersihkan

Istana tersebut, dibina Tunku Kudin selepas dia dipecat abangnya kerana campur tangan dalam hal ehwal negeri Selangor dalam Perang Saudara Selangor pada 1867. Istana dua tingkat itu, dibina menggunakan telur putih dan manisan lebah, dipercayai bagi menguatkan struktur dan binaannya, manakala untuk menghidupkan keseluruhan lampu di istana mengambil masa setengah jam.

Istana tersebut terletak di jalan utama berdekatan Taman Tabung Haji, Kepala Batas itu kini terbiar dengan semak samun. Sebenarnya istana ini berada tidak jauh dari rumah aku. Kira-kira 2.4km dari Lapangan Terbang Kepala Batas.

Hendaknya, ketika entri ini ditulis, pihak yang berkenaan telah mengambil tindakan yang sewajarnya kerana ini  adalah warisan sejarah Kedah dan aku amat berharap agar istana tersebut sudah dibaikpulih untuk tatapan para pengunjung.
" Kedah Malaysia...
where it all began "

2 ulasan:

KOMEN YANG MURNI2 AJE ...

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...