Khamis, 7 Januari 2016

DISCOVER KEDAH 2016 - GUA KERBAU

Assalamualaikum 

Destinasi ke-3 untuk daerah Kubang Pasu. Semalam kita menjelajah ke Gua Batu Putih. Hari ini kita akan ke Gua Kerbau, juga berhampiran dengan Gua Batu Putih.
 Gua Kerbau ini berkongsi bukit yang sama dengan Gua Batu Putih, iaitu Bukit Keplu. Untuk makluman, Gua Kerbau ini lebih popular berbanding Gua Batu Putih. Bukit Keplu yang berkeluasan 5.33 hektar ini sangat berpotensi untuk di majukan sebagai tapak Geowarisan.


pic credit to :zoulhusni.blogspot.my

Jarak antara Gua Kerbau dan Gua Batu Putih lebih kurang 200meter arah barat laut dari Gua Kerbau.

Jabatan Pengairan dan Saliran daerah Kubang pasu bertanggungjawab membangunkan beberapa kemudahan seperti menyediakan bangku-bangku untuk pengunjung serta memperindahkan kawasan sekitarnya.


jalan menuju ke Gua Kerbau di Bukit Keplu

Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains Kedah/Perlis/Pulau Pinang, Zainol Husin berkata, geologi am di kawasan itu terdiri daripada bukit batu kapur yang membentuk ‘topografi mogot’ di kawasan yang dikelilingi oleh enapan alluvium. 
Pengunjung perlu mendaki beberapa anak tangga dan sebaik sahaja memasuki gua tersebut, suasananya yang gelap dan dingin akan mula dirasai. Keindahan struktur stalagtait dan stalagmait yang ada di dalam gua tersebut pasti membuatkan pengunjung seakan terlupa bau kurang menyenangkan disebabkan tahi kelawar





Batuan di kawasan ini berwarna cerah hingga kelabu dan sebahagian dari bahagian utara kawasan ini mempunyai topografi tebing yang lebih landai. Terdapat juga banyak kikisan lereng, alur pelarutan di bahagian selatan kawasan gua ini dan di sini terdapat banyak struktur stalagtait dan stalagmait yang menarik.



Stalagmit dan stalaktit Gua Kerbau

 Kesan paras takik kuno Gua Kerbau
pic credit to : Jabatan Mineral dan Geosains Kedah

Kepada pengunjung yang sampai ke Pekan Kodiang, dicadangkan agar singgah sebentar ke Gua Kerbau ini dan nikmati keindahan alam sekitar yang boleh diabadikan sebagai kenangan . Gua ini juga merupakan tempat para hulubalang dan panglima dahulu kala berlatih dan mendalami ilmu pertempuran untuk mempertahan Kedah dari serangan tentera Siam. Pelbagai cerita mistik dan mitos mengenai gua ini boleh didengari dari penduduk tempatan. Silalah berkunjung. .  


" Kedah Malaysia...
where it all began "

*info sumber google dan petikan Akhbar Utusan Malaysia




1 ulasan:

KOMEN YANG MURNI2 AJE ...

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...