Khamis, 7 November 2013

UMRAH HAMBA ALLAH - PART 7

Assalamualaikum..

Day 5 - 20 Mei.

Hari ni acara bebas. Aku menghabiskan masa di Masjidil Haram dengan membaca Al-Quran (hajat hati nak cuba khatam..tapi tak kesampaian) dan emak aku berada di sisi menemani aku sambil beriktikaf dan tertidur.. Alhamdulillah..walaupun mata aku rasa mengantuk tapi aku masih mampu membaca bait-bait kalam Allah.

Masih lagi di bumi Mekah bumi yang penuh barokah.. Aku perlihatkan Kaabah dari dekat..khas untuk korang..

kecilnya diri berhadapan Kaabah..(maaf silau matahari)

dan ini adalah aku..

Gambar-gambar ini aku ambil setelah selesai tawaf sunat. Alhamdulillah sekali lagi lagi dapat aku rapatkan diri dan pimpin tangan emak aku untuk mendekati Kaabah

Multazam..antara temapt yang mustajab untuk berdoa

syukur pada Allah..dapat aku menyentuh Kiswah (kelambu) Kaabah yang berbau sangat wangi

dan yang ini adalah Rukun Yamani salah 1 bahagian bucu Kaabah yang diselak Kiswah..maka dapatlah aku menyentuh binaan Kaabah..cukuplah pada aku kerana tidak mampu dan tidak berpeluang menguncup Hajarul Aswad


Keadaan selepas waktu Asar

Keadaan selepas waktu Maghrib dari tingkat 2 Masjidil Haram

bahagian masjid yang sedang diperbesarkan

sebelah kanan dalam masjid (dekat dengan pintu untuk ke tempat Saie)juga masih dalam pembinaan

Tamat hari ke-5..dan aku amat  bersyukur kerana telah dijemput Allah untuk kesini..
*******

Day 6 -21 Mei

Setelah rehat 1 hari, hari ini acara bermula awal. Selepas solat Subuh di Masjidil Haram, jemaah pulang ke hotel dan bersarapan dan bersiap sedia seawal jam 7.30pagi untuk berniat Ihram di Miqat di Hudaibiyah. Niat Umrah untuk kali ke-3.


Antara kedai-kedai sebaris dengan hotel yang aku duduk.

Kedai 3 Riyal- amat berbaloi membeli di sini berbanding di Madinah.. nanti akan aku ceritakan kenapa..

Perjalanan bermula dengan semua jemaah siap memakai pakaian Ihram. Mudah bagi jemaah wanita kerana cukup hanya berjubah dan bertudung labuh atau bertelekung.

Terowong Muassin..yang pernah runtuh 1 ketika dahulu..aku tak sempat ambil gambar elok-elok kerana bas bergerak laju.


Sebelum ke Masjid Hudaibiyah, kami melalui kawasan berbatu dan berpasir ini..tak dapat aku bayangkan bagaimanakah ketika zaman Rasullullah SAW dahulu..tiada pohon untuk berteduh..tiada sungai apalagi hujan yang dikatakan hanya 2kali setahun membasahi bumi Mekah



dari kejauhan..kawanan unta sedang meragut rumput kering..


Kami melalui kawasan ladang unta yang terbuka di tengah padang pasir..dan..nantikan sambungannya di entri akan datang..kerana entri ini telah terlalu panjang..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

HATERS ARE NOT WELCOMED!!!

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...