Isnin, 11 November 2013

UMRAH HAMBA ALLAH - PART 10

Assalamualaikum..

Sudah masuk Part -10. Takkan mampu aku pendekkan cerita perjalanan yang panjang. Terlalu banyak yangg ingin aku kongsikan dengan korang semua. Walaupun ada yang tak berminat untuk baca, terpulanglah. Sekurang-kurangnya aku anggap bahawa aku sedang berdakwah..dakwah kecil..

Seperti Umrah yang sebelum ini, kali ini aku solat Zohor di hotel memandangkan kami tiba pada waktu Zohor dan emak aku kelihatan agak letih. Aku kembali ke Masjidil Haram pada waktu Asar dan terus melakukan ibadah Umrah kali ke-3 dan kali  terakhir..mungkin yang terakhir dalam hidup, siapa tahu? Allah jua yang Maha Mengetahui.

Umrah kali ini aku rasa lebih yakin. Aku dan emak berhenti untuk solat Maghrib dan Isyak dan kemudian menyambung kembali ber Saie dan bertahalul..

Kali ini lebih lama, tiap laluan ber Saie akan aku berhenti untuk meneguk air zamzam sepuas hati.

keadaan selepas waktu Isyak

selesai tawaf..aku menghampiri Tapak Kaki Nabi Ibrahim..gambar ni bukan aku yang kaburkan, tapi cermin penutup kesan tapak kaki itu yang memang dikaburkan..perhatikan di bulatan merah..itulah kesan tapak kaki baginda Nabi Ibrahim AS.

sekali lagi Kaabah dari jarak dekat

Selesai bertahalul maka selesailah sudah Umrah untuk kali ini. Aku berlegar-legar dalam Masjidil Haram bersama emak. Ingin ku pijak setiap inci lantai di sini..hinggakan 1 ketika , aku duduk di 1penjuru dan bersandar pada tiang masjid..aku tanggalkan sarung kaki dan aku memijak lantai yang dingin dengan tapak kaki ku tanpa beralas.

Perbuatan aku ditegur emak, kerana hairan. Kenapa aku buat macam tu? jawap aku mudah sahaja..rasa tak sempurna kalau tak dapat pijak lantai masjid dengan tapak kaki sendiri dan bukan senang nak kembali lagi untuk rasa semua ini..
aku suka mendongak ke atas..dan memandang siling masjid..

loker beg..tapi aku tak nampak pun orang menggunakan kemudahan ini..


Inilah Maghrib dan Isyak terakhir di Kota Mekah..dan aku titipkan beberapa keping gambar sekitar Masjidil Haram untuk korang semua. Sehingga di sini dulu perkongsian aku.. insya Allah, sambungannya esok..


1 ulasan:

KOMEN YANG MURNI2 AJE ...

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...