Sabtu, 9 November 2013

UMRAH HAMBA ALLAH - PART 8

Assalamualaikum..

Sambungan entri lalu..masih lagi dalam perjalanan ke Hudaibiyah. Jemaah akan melalui ladang unta "terbuka" tanpa pagar. Di sini terdapat banyak ladang-ladang ternakan unta.




Dan akhirnya bas berhenti di salah 1 ladang yang berhampiran dengan jalanraya..Maka misi mengorat unta pun bermula..



comey tak kak ton???

...comey kak ton!!!

Di sini juga susu unta diperah segar dan dibotolkan lalu dijual terus kepada jemaah yang berminat. Aku pernah tengok 1 rancangan TV di mana Ustaz Don Danial minum susu unta..nampak macam sedap..aku pun terus beli 3 botol


1 botol harga 5 Riyal..bersamaan lebih kurang RM3.20 (ketika itu matawang Riyal lebih murah dari RM iaitu kira-kira 80sen = 1Riyal)

Rasa susu unta ni lebih sedap, lebih pekat dan lebih lemak dari susu lembu.Tekstur susu pun lebih pekat dari susu lembu. Yang bestnya, bau unta agak kurang. Tapi bila mula disejukkan dalam peti sejuk di hotel, bau unta sudah mula terasa..pun begtitu aku amat rindu nak minum susu unta ni lagi.

Selesai bermesra dengan unta , maka perjalanan di teruskan, dan aku melayan susu unta dalam bas. Aku minum sedikit demi sedikit..sayang pulak nak habiskan. Sebotol aku sejukbekukan dan bawa balik ke Malaysia, sedikit bau..tapi bolehla untuk melepaskan kempunan kakak aku yang tengah mengandung.

padang pasir seluas mata memandang..seolah tiada penghujung


hanya pasir....

Aku melihat sepuas-puasnya apa yang ada di depan mata..semuanya dirakam dalam ingatan..dah akhirnya tiba di Masjid Hudaibiyah. Masjid yang melakarkan sejarah tersendiri.



Aku tak pandai bercerita bab sejarah. Tapi cerita Mutawif, di masjid inilah termaktubnya Perjanjian Hudaibiyah antara Muslim dan kafir yang mana perjanjian itu menetapkan bahawa tiada seorang pun kafir yang dibenarkan melangkah masuk ke dalam kawasan Mekah yang bersempadankan Miqat(kawasan niat Ihram) dan perjanjian itu disaksikan oleh Rasullullah SAW sendiri.

Itu cerita ringkasnya. Kepada yang ingin tahu kisah lanjut dari sejarah itu, boleh google sendiri. Nantikan sambungan enrti aku ini. Kepada yang suka membaca, teruskan membaca kerana ini adalah perkongsian ikhlas aku untuk korang semua...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

HATERS ARE NOT WELCOMED!!!

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...