Rabu, 20 Julai 2011

DATUK DR.MAZNAH HAMID INGIN MENGENALI KU???

Assalamulaikum...

Tiba-tiba hari ni hati aku rasa cukup tersentuh. Semuanya gara-gara aku "LIKE" fanpage IronLady Malaysia, iaitu Yg. Berbahagia Datuk Dr.Maznah Hamid. Memang sejak dari kecil, aku meminati beliau dan segala cerita mengenainya aku ingin tahu. Sehinggalah sampai ke kegemarannya menyedekahkan pinggan mangkuknya yang berharga ribuan ringgit kepada stafnya kerana beliau ingin membeli yang baru..

Begini kisahnya, selepas menonton Jangan Tidur Lagi, Ahad 17 Julai lepas, dan selepas Datuk memberikan add link FB nya, aku terus meng"LIKE"..Selepas itu aku ada beberapa kali memberi respon terhdap komen-komen beliau..

Tapi ini segalanya bermula semalam (19.07.2011) apabila Datuk memasukkan 1 statement di FB nya..

 "Wahai sahabat. Apakah anda benar-benar serius untuk Berjaya, Bahagia dan Kaya? Soalannya:Berapa lama anda boleh dan sanggup korbankan untuk meninggalkan zon keselesaan anda? 3 bulan? 1 tahun? Fikirkan baik-baik dan jujur "

Lalu , aku pun mengarahkan jari jemari ku membalasnya dengan mengikut gerak hati dan naluri ku yang amat tulus dan ikhlas pada waktu itu  ....

" Datuk,jika saya punya idea & skill, tapi saya tak punya dana, tetap takkan kemana-mana. Saya berkerja dengan kerajaan, bila di rumah, selepas jam 5 petang dan cuti minggu, saya mengambil upah menjahit manik hingga pukul 12 malam dan waktu yang sama saya menjual topup prepaid. Ada kala saya mengambil upah memasak & mendobi dan kadang-kadang upah menggosok pakaian. Adakah saya dikira masih kurang usaha atau saya masih lagi di zon selesa?"

Selepas dari itu aku terus melupakan FB buat seketika hinggalah pagi ini, bila aku on FB aku, aku dapati Datuk telah meng"LIKE" komen aku tu..aku tersenyum..

Dan aku mula membaca komen orang-orang lain, sehinggalah aku terbaca komen dari Datuk..

"Pen Biru, Saya simpati dan kagum. Ingin mengenalimu. sejarah dan latarbelakangmu,Pen Biru. Kuatkan semangatmu."


Owh..rupanya Datuk dah bagi respon pada komen aku. Sedikit bangga apabila hanya komen aku yang mendapat balasan dari Datuk..dan tanpa aku sedari, jatuh airmata ku dengan kata-kata semangat dan hajatnya yang ingin mengenali aku...Aku tersentuh..

Tanpa membuang masa, aku pun membalas komen itu..

"Salam Datuk,percaya atau tidak, saya rasa amat terharu,bila Datuk ingin mengenali saya. Airmata keharuan jatuh tak tersedar. Saya anak jati Kedah seperti Datuk. Insya Allah,saya akan email Datuk. Saya dari kecil, mengganggap Datuk sebagai idola. From zero to hero. Tapi kemampuan saya amat terbatas. Datuk seusia ibu saya yang amat saya kasihi. Saya hormatkan Datuk,sama seperti saya hormatkan ibu saya. Terima kasih Datuk."

Lepas aku membalas komen tu, terus aku updatekan entry di blog ini..Aku rasa macam mimpi bila seorang wanita yang amat aku kagumi, rupa-rupanya memberi perhatian terhadap tulisan aku dan kemudian membalasnya..

Aku anggap pertemuan ini adalah yang paling bermakna dan menjadi sejarah dalam hidup aku. Akan aku cuba belajar darinya..tentang kehidupan, kejayaan dan kebahagiaan. Aku harap dia sudi membimbing dan memberi tunjuk ajar kepada aku. Kata-kata semangat yang dia beri pada aku, adalah pembakar semangat buatku..

Tiba-tiba harini, bahasa aku amat puitis..syahdu..Aku berhenti disini tanpa mengucapkan Arios!!! seperti biasa, kerana jiwa aku sedang digenangi airmata gembira dan terharu...Aku menanges...




13 ulasan:

  1. maklong pun tumpang terharu.. meleleh2 airmata keibuan maklong ni.. huhu..

    BalasPadam
  2. terharu nyer hati mama bila membaca entry ni semoga pen biru akan terus berjaya dan berjaya dan berjaya berjumpa dengan idolanya ironlady "Datuk Dr.Maznah Hamid"....:)

    BalasPadam
  3. Maklong :..ana pun nanges baca komen mak long

    mama maszull : insya Allah, sy pn harap sy dapat jumpa dia..sy lagi terharu bila dia nak kenal sy..Ya Allah...tuhan maha mengetahui..

    BalasPadam
  4. Ana,percaya atau tak,hg mmg kuat ana.Mcm yg hg dh buat, xpa..jnji halal.Kepayahan hidup ksg2 mengajar kita menjadi lebih matang. InsyaAllah ana. Mungkin hg akan senang one day setelah bersusah payah di waktu skrg. Aku doakan hg bahagia satu hari nnti..Amin.

    BalasPadam
  5. cuda: kuat? aku tak rasa aku kuat.tenaga sj kuat, tp semangat kadang2 collaps jgk.hg pun tau situasi aku mcm na ka?..tapi aku tetap bersyukur dgn apa yg aku ada hari ni, hasil titik peluh aku. terima kasih atas doa2 hg...amin..

    BalasPadam
  6. penbiru: Dee pernah mengikuti ceramah Dr Maznah... mmg bersemangat tul...

    BalasPadam
  7. Dee..ye ke..bestnya..harap2 dapat jumpa dia 1 hari nanti

    BalasPadam
  8. Dato' Maznah ni bos ayah saye...ayah saye branchs manager Securiforce under die ni lar.. so selalu ar saye dapat jumpe die ni jugak.. anak2 die sangat cantik...yes.. she's very down to earth.. anak2 die pon same tak sombong...n sangat berhati waja.. pernah bace buku2 die..?? sangat besh..!! lepas bace mesti rase semangat..huhu....

    BalasPadam
  9. sungguh2 tak sangka kan... Dr Maznah membaca komen2 dari kita org biasa2.. selamat berkenalan, kak PenBiru.. ^_^

    akak sgt rajin... saya pun tak serajin akak...

    BalasPadam
  10. aTy-fared..ye ker..tu la.akak dengarr dari ramai orang pun mengenai benda yang saya..she's very humble..sebab tu dia murah rezeki..

    BalasPadam
  11. atieyz..selamat berkenalan jugak ye..kalau tak rajinkan diri, akak tak dapat apa yang akak ada sekarang.berjuang utk diri sendiri..tula, akak pun mcm tak percaya bila Datuk bgrespon pd komen akak tu..syahdu betul...huhuhu

    BalasPadam
  12. kalau sy pon mistilah terharu sgt bila org terkenal mcm tu perasan kewujudan kita seorg insan kerdil..

    sy harap dgn kepakaran yg pen biru ada boleh membawa penbiru ke mercu kejayaan (pndi jahit manik dan labuci kan?)

    BalasPadam
  13. rina..insya Allah, tapi jahit manik ni takdelah boleh jadi jutawan..boleh tampung2 je blanja rumah..heheheh

    BalasPadam

HATERS ARE NOT WELCOMED!!!

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...