Sabtu, 5 Oktober 2013

FAST N FURIOUS -TV3, AKU DAH MUAK!

Assalamualaikum..

Entri ni khas untuk orang TV3.. (diorang baca ke tak..ikut sukalah)

Aku ni dah menyampah sangat dengan Mega Movie tiap malam jumaat kat TV3..tambah-tambah tu..filem The Fast And The Furious..baik yang part 1 atau yang Tokyo Drift.

Seingat aku lah..dalam tahun ni aje dah 4-5 kali diorang ulang filem tu. Pada aku filem tu macam sampah. Tak ada moral of the story langsung..bulan lepas baru tayang...malam tadi pun tayang jugak. Macam dah tak ada filem lain yang berkualiti diorang nak tayang,..

Apa motif diorang ulang tayang filem tu kat TV Malaysia ni?


Mentang-mentanglah diorang tu tv percuma, ikut suka diorang lah nak tayang cerita apa. Disebabkan aku dah berhenti melanggan Astro yang juga selalu ulang cerita, dan siaran TV1 dan TV2 di kawasan rumah aku memang kurang jelas, NTV7 dan TV8 pulak asyik tayang cerita cina...TV9 pun tak jelas..terpaksa tengok juga TV3...

Apa yang megah sangat dengan filem ni.. bergaduh.. bertumbuk.. berlumba.. perempuan pakai seksi.. bising..  bingit..apa????

Serius aku meluat dengan apa yang TV3 buat ni..ulang filem luar yang sama tak sampai sebulan..tolonglah..aku dah ke merata negara di Asia ni..belum ada aku tengok tv diorang tayang filem Malaysia.

Tolonglah TV3...jangan sajikan lauk basi ...kucing pun tak mau makan..!

2 ulasan:

  1. btul tu sis.. byak sebenarnya english movie yg elok utk disiarkan.. klau dah kering idea siarkan ke kartun pun xpe lg.. xde la sakit mata tengok..

    BalasPadam
  2. tau xpe.. bnyak lagi filem2 lain yg dok ulang je.. hindustan jgn ckp la.. bosan.. dah jd mcm astro dah.. asik ulang je cter same..

    BalasPadam

HATERS ARE NOT WELCOMED!!!

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...