Rabu, 9 Oktober 2013

UMRAH HAMBA ALLAH - PART 1

Assalamualaikum..

Aku cuba penuhi blog ini dengan cerita tergendala..hampir basi tapi kenangan itu tidak pernah basi..

Inilah salah satu azam aku tahun ni..ingin menjejakkan kaki ke Tanah Suci..menyucikan diri..mengabdikan diri pada Pencipta aku dan kalian semua..

Aku mulakan dengan..

.
Day 1 - 16 Mei 2013

Aku berlepas dari Alor Setar bersama kedua ibu bapaku dari Lapangan Terbang Kepala Batas, Kedah pada jam 9.30 malam..


Sebelum ini aku hanya tengok orang nak pergi Mekah. Kali terakhir aku menghantar orang ke Mekah adalah pada tahun 1997..ketika itu mak abah aku nak menunaikan haji..Bila adik beradik dan sahabat aku yang menghantar aku dan sama-sama menunggu penerbangan..barulah aku tahu dan rasa bagaimana perasaan orang yang dihantar..hati berbunga-bunga dan sesekali terasa sayu..kecil dan kerdil hendak menghadap Ilahi..

Aku tiba di LCCT  jam 11malam. Terus ambil teksi ke Tune Hotel. Walaupun dekat aku terpaksa ambil teksi sebab tak sanggup biar mak abah aku berjalan kaki dengan beg yang agak berat. Aku memikul tangungjawab besar iaitu menjaga kedua ibu bapaku sepanjang aku menunaikan Umrah..bukan perkara yang mudah kerana khabarnya pelbagai dugaan disana...aku anggap jika ada dugaan buatku..itu sebenarnya Allah nak bagi pahala free kat aku..

Kami bermalam di LCCT. dan keesokkan paginya sekitar pukul 10pagi, kami dijemput teksi yang kami naiki semalam utnuk ke Lapangan Terbang KLIA. 
*****



Day 2 - 17 Mei 2013

Tiba di KLIA dalam jam 10.30. Aku bawa mak abah aku duduk sementara menunggu jemaah yang lain.

Kekalutan timbul di sini bila aku baru tahu semua jemaah mesti berihram di KLIA dan jadual penerbangan diubah . Kau ikut asal jemaah turun di Madinah..tapi di ubah ke Jeddah. Sungguh aku tidak puas hati dengan agensi ini kerana semua jemaah tidak dimaklumkan lebih awal. Dan tentatif perjalanan juga tidak diperolehi. Aku tidak pasti kenapa agensi tidak maklumkan lebih awal apalagi emailkan tentatif yang baru..

Lepas solat Zohor di surau KLIA,- International Depature ( lapangan terbang yang besar di negara Islam ini hanya menyediakan surau  yang hanya muat 30 jemaah lelaki dan perempuan..sungguh sedih!) , semua jemaah berkumpul di kaunter berhadapan pintu masuk. Dalam surau yang sempit itu  terpaksa pulak bersesak dengan jemaah dari Indon yang pada aku sangat tidak berdisiplin (buat macam ada kat rumah sendiri). Mereka ini hanya transit di KLIA lalu aku rasakan macam aku berada di Indon kerana ada lebih kurang 3kumpulan jemaah dari negara itu.

kedua ibu bapa ku...

antara jemaah dari agensi lain yang lebih teratur dengan bilangan ahli jemaah yang kecil

Pesawat yang membawa aku ke Tanah Haram..

Setelah selesai semuanya kami menaiki pesawat charter Mas yang dikendalikan  Eagle Air. Sekali lagi semua jemaah jadi kelam kabut kerana tempat duduk adalah free seating..masing-masing berebut nak duduk tepi tingkap..aku terpaksa cepat-cepat supaya tidak terpisah dengan mak abah aku..Alhamdulillah..kami dapat duduk bertiga..Berlepas dari KLIA pada jam 5 petang

Penerbangan mengambil masa 8jam. Tiba di Jeddah pada jam 9.50malam (waktu Mekah) tapi kira-kira jam 1pagi waktu Malaysia (beza 5jam). Kali pertama aku melangkah keluar di muka pintu kapal terbang..aku menyedut sedalam-dalamnya udara tanah Arab..kegelapan malam yang berudara panas..pun begitu aku berasa segar dan berdebar. Akhirnya terjejak juga kaki aku dibumi para anbiya ini.

tiba di Jeddah..

kad kemasukkan jemaah Umrah yang wajib di isi..

Selesai urusan di Airport Jeddah, dan selesai solat isyak dan menunggu bas untuk terus ke Mekah . Apa yang aku lihat di sini..tiada kebersihan di utamakan baik di Surau apalagi tandas..aku tak pasti kenapa negara Arab tidak menitik beratkan kebersihan sedangkan itulah yang dituntut dalam Islam..


Aku berhenti di sini dulu..sambungannya nanti..insya Allah..

3 ulasan:

  1. Alhamdulillah.... Selamat sudah PB menunaikan umrah.. tak sabar menunggu entry seterusnya... ;)

    BalasPadam
  2. sronoknye...rietta asik hntar org sj...diri sndiri blom pernah sampai ke sana...

    BalasPadam
  3. salam pen biru
    kenapa kotor? sbb budaya dan cara hidup mereka. tahukah org arab ni pemalas? even kat england mereka duduk minom kopi berjam jam ...bangun pagi pukul 10-11 keluar masuk muka tak mandi. kawan estate agent bila bawa client tgk rumah mereka ..punya la kotor bilk air dapur...

    di saudi tgk la kotor tukar baru abis cerita.
    duit banyak lagi. esok minyak kering mahu penuh mereka kat msia aaisia

    BalasPadam

KOMEN YANG MURNI2 AJE ...

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...