Sabtu, 26 Oktober 2013

UMRAH HAMBA ALLAH - PART 4

Assalamualaikum..

Semalam..ada yang bertanyakan aku, macam mana tau penyamun-penyamun di situ orang Indon. Jawapan aku mudah saja..dengar cakap pun dah tahu..mana bisa ibu-ibu itu bercakap bahasa Melayu dengan sempurna, udah tentu pelat indon nya bukkk...

Sambung cerita semalam..

Day 4 - 19Mei

Hari ini..jemaah di bawa ke tempat yang aku tunggu-tunggu..selain dari Masjidil Haram..iaitu tempat pertemuan Nabi Adam dan Hawa setelah kedua-duanya diturunkan dari syurga..iaitu Jabal Rahmah . Tempat mustajabnya doa-doa bagi pasangan suami isteri dan yang inginkan jodoh..

Berikut adalah gambar-gambar yang aku ingin kongsikan dengan korang sepanjang perjalanan dari Masjidil Haram ke Jabal Rahmah.


Inilah yang dinamakan hutan batu...semuanya batu..gunung bebatu...tiada satu pun yang berpokok diatasnya..




Landasan keretapi laju hasil air tangan anak Malaysia di bumi Mekah..landasan ini dari Mekah menuju ke Padang Arafah dan Mina

Sayup mata memandang..inilah Padang Arafah..yang tiada padanya pohon yang rendang untuk berteduh..melainkan panas mentari jua yang menyapa kepala


Padang Arafah - menurut mutawif, dan bonda aku..pohon ini baru ditanam..masih renek..kerana ketika bonda aku mengerjakan Haji pada tahun 1997, memang tiada 1pun pokok berdaun lebat untuk berteduh..hanya berteduh dalam khemah sahaja

Dan akhirnya kami tiba di Jabal Rahmah..maaf aku tak ingat pukul berapa..tapi sekitar jam 9pagi..matahari sudah memancar terang dan berbahang panas..



Peringatan untuk jemaah. Jika ingin berdoa..hadapkanlah diri ke arah kiblat, bukan pada bukit. Pun begitu, masih ada manusia yang bersolat dan berdoa dengan muka menghadap bukit sedangkan arah kiblat di belakangnya..bukan jemaah Malaysia, tapi jemaah dari negara lain.

Aku memilih untuk mendaki di kaki bukit..bondaku tidak mampu untuk memanjat hingga keatas memandangkan terlalu ramai orang..dan akhirnya aku memilih untuk duduk di sini..


Dengan penuh keinsafan..dengan hati yang amat hiba dan kosong..sepenuhnya aku berdoa di sini. Tak perlulah aku ceritakan apa doaku..cukuplah ianya menjadi rahsia aku dan Allah. Syukur sekali kerana lokasi yang aku pilih  membolehkan aku duduk diatas batu, dengan bukit dibelakangku dan kiblat di depan ku..dapatlah aku berdoa dengan tenang kerana lokasi yang aku pilih, tak ada orang lain melainkan ibubapaku..yang duduk dan berdoa bersama-sama..

Selesai berdoa...sempat aku melihat gelagat manusia di bawah bukit



 Selesai semuanya..aku memimpin tangan bonda untuk berjalan-jalan dan melihat kawasan sekitar kaki bukit, dan membiarkan abahku membaca Yassin bersendirian..

Di sini ada juga peniaga yang membentangkan kain diatas tanah..ada juga jemaah yang turut membeli dan aku hanya melihat sahaja sebab aku rasa barangan yang dijual itu bukanlah keperluan untukku..

Kenangan berdoa di sini..memang takkan dapat aku lupa..tiap baris doa yang aku mohon..masih teringat-ingat hingga hari ini..orang lain berdoa dengan pasangan..sedangkan aku duduk berdoa sendirian tanpa sesiapa...hanya airmata yang menemani..sedih dan sebak bila mengenangkan...aku harap dapat kembali ke sini bersama suamiku yang dicintai, duduk berdoa moga jodoh kami dikekalkan hingga kejannah..dijauhkan dari godaan dan hasutan manusia dan syaitan dan bersolat sunat bersama-sama..berimamkan dia...dan kemudian mengikat janji sesama sendiri agar sama-sama menjaga keharmonian rumahtangga yang dibina ..insya Allah..

Perjalanan kami diteruskan..ketika matahari mula membahang..setelah 1 jam kami berada di tempat pertemuan 2 manusia pertama yang berpijak di bumi Allah..

Nantikan sambungannya...


1 ulasan:

KOMEN YANG MURNI2 AJE ...

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...