Khamis, 10 Oktober 2013

UMRAH HAMBA ALLAH - PART 2

Assalamualaikum..

Sebelum aku sambung cerita..suka aku ingatkan disini, aku bukan nak menunjuk-nunjuk apa lagi bermegah-megah..aku hanya ingin berkongsi pengalaman dengan korang semua..yang baik jadikan teladan dan panduan..yang buruk jadikan sempadan dan peringatan.

Sambungan semalam. Dari Jeddah kami menaiki bas (3 buah bas bersama 3 orang mutawif) ke Mekah. Aku yang letih dan mengantuk terlelap seketika walaupun sebolehnya aku tak izinkan mata aku terlena walaupun seketika.

Sekitar jam 12.30malam (Mekah) kami tiba di hotel di Mekah. Dari jauh aku sudah nampak menara jam yang sangat cantik. Kami menginap di Hotel Mawaddah. 3bintang  sahaja. Melangkah turun dari bas dan ketika memijak tanah kota suci ini, hati aku bercampur baur perasaannya..

Kami naik ke dewan makan dan setelah dapat kunci bilik terus naik ke bilik. Lebih kurang jam 2 pagi semua jemaah berkumpul di luar hotel . Bagi jemaah yang pernah datang kesini dan menunaikan umrah, mereka terus ke Masjidil Haram dan melakukan Umrah tanpa Mutawif.

Jemaah berjalan kaki ke Masjidil Haram . Hanya lebih kurang 5-10 minit berjalan..tersergam rumah Allah yang sungguh indah didepan mata aku. Bagaikan tidak percaya..aku adalah antara jutaan jemaah dari seluruh dunia yang dijemput Allah pada hari itu. Walaupun bukan musim haji, tapi bilangan jemaah memang ramai..hingga ada yang solat di atas jalan raya.

Selesai taklimat ringkas dari Mutawif, aku memimpin tangan mak dan abah menuju ke dalam Masjidil Haram.. Subhanallah.. aku nampak Kaabah dari jauh seolah-olah melambai menyambut kedatangan aku..seorang insan yang banyak berdosa. Hanya airmata yang mampu berbicara ketika itu.

Selesai niat tawaf..aku bersama kedua ibubapa aku melakukan tawaf..kali pertama berhadapan Kaabah, hanya Allah yang tahu bagaimana perasaan aku ketiku itu.  Betapa kecil dan kerdilnya aku..Aku bertawaf dengan doa yang tidak putus, dengan membawa hati yang telah luka dan kecewa akibat perbuatan manusia, fitnah dan umpat keji manusia, dengan  hajat yang tidak pernah kesampaian, dengan segala-gala yang ingin aku minta pada Allah..semuanya kuluahkan dan ku rintih di sini.

*maaf..tiada gambar untuk cerita ini..kerana aku tak berminat nak mengambil gambar di saat hati rasa terlalu kecil di rumah Allah

Selesai 7 kali pusingan (tiada peluang untuk menghampiri Hijir Ismail kerana jemaah yang ramai walaupun pada ketika itu jam 3 pagi! ). Kami 3 beranak menunaikan solat sunat tawaf..dan itulah kali pertama aku dapat berdoa sambil duduk anatra 2 sujud dan mata memandang tepat ke arah Kaabah..

Selasai solat sunat, aku menuju ke tempat Saie..belum sempat lagi tiba, azan Subuh kali pertama sudah berkumandang.. Aku mengambil keputusan untuk tunggu hingga selesai solat Subuh. Azan ke-2 lebih kurang jam 4.15pagi..sambil menunggu waktu solat, aku berehat seketika sambil minum air Zam-Zam..syukurnya...nikmat tak terhingga kerana boleh minum dengan sepuas hati..

inilah gambar pertama selepas selesai tawaf..pancuran zamzam di dalam laluan untuk ke tempat Saie

Kali pertama solat berjemaah dalam Masjidil Haram, solat Subuh..solat pembukaan untuk pagi hari yang baru..terasa sungguh bahagia. Selesai solat Subuh , aku memimpin tangan mak ke tempat Saie. Dengan panduan dari Mutawif, akhirnya selesai bersaie.. Sambil bersaie, dihati , diotak dan dibibir aku tak putus berdoa ke hadrat Allah..berdoa sebanyak-banyaknya.

Dari Bukit Safa ke Marwah

Sekitar jam 6 pagi, selesailah Saie. Kini tiba masa untuk bertahalul (bercukur atau bergunting). Oleh kerana aku tidak membawa gunting, terpaksa pinjam dengan Mutawif. Aku gunting rambut aku sendiri dan kemudian aku guntingkan rambut mak aku.. Kemudian kami bersolat sunat Saie.

disebelah kanan adalah laluan keluar dari Bukit Marwah (tempat ber Saie)

ibu bapaku..diluar Masjidil Haram

Alhamdulillah..maka selesailah Umrah pertama aku buat kali pertama dalam hidup aku...syukur pada Mu Ya Allah.. dan aku bermohon agar Umrah aku ini diterima Allah..

pemandangan :dikiri gambar ini adalah Masjidil Haram..jam 6.30pagi..

Selesai semuanya sekitar 6.30pagi..Setakat itu sahaja entri untuk hari ini..insya Allah..sambungannya akan menyusul..

7 ulasan:

  1. Bila pulang, rindunya tidak hilang...

    BalasPadam
  2. Salam,
    Akak suka baca pengalaman mereka yang mengerjakan umrah dan haji. Datang rindu pula. Semoga Allah SWT menerima segala amalan PB serta mak dan ayah PB khasnya umrah baru-baru ini. Ameen.

    BalasPadam
  3. seronoknya.. moga kami juga smpat smpai ke sana...

    BalasPadam
  4. tak dpt digambarkan betapa gembiranya penbiru di sana kan..syukur..

    BalasPadam
  5. subhannallah...
    akak..doakan Iera dapat pergi sana jugak nnt ea..
    inshaAllah... :)

    BalasPadam
  6. moga dpt ke sana juga satu hari nanti..aminnn

    BalasPadam
  7. kak.... wlpun saya masih belum berpeluang ke sana,,, tp membaca dan mendengar cerita dari mereka2 yg sudah ke sana..sudah cukup membuatkan saya sungguh teruja kak....

    BalasPadam

KOMEN YANG MURNI2 AJE ...

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...