Sabtu, 27 September 2014

PENTINGNYA INSURANS DALAM HIDUP

Assalamualaikum..

Sekadar berkongsi pengalaman.. Sebelum tu aku tegaskan disini yang aku bukan penjual insurans..tapi aku adalah pembeli insurans.

Entri ini khas kepada anda yang tidak minat untuk menginsuranskan diri..dan aku harap lepas selesai baca entri ini..korang fikirkan baik atau tidak..penting atau tidak kita membeli insurans untuk diri sendiri.

Aku mula membeli insurans Medical Card dengan Prudential sekitar tahun 2011. Itupun selepas aku tengok sendiri bertapa selesanya adik ipar aku dan adik aku masuk hospital swasta. Dapat elaun poket lagi. Adik ipar aku putus ligamen lutut masa main badminton..adik aku pula kena tonsilitis. 

Dengan bayaran RM160 sebulan, memang aku terasa sedikit berat..maklumlah banyak komitmen ketika itu dengan gaji sederhana. Aku pejam mata..ambil jugak..risau sakit demam. Walaupun aku memang dijanjikan wad kelas 2 di hospital kerajaan..tapi aku tertarik dengan elaun poket RM400 sehari semalam.(elaun wad untuk pakej polisi yang aku ambil masa tu)

Takdir Allah..siapa sangka. Hujung bulan 3 lepas..aku demam teruk..suara aku hilang..aku sakit tekak. Suami bawa aku ke KMC..aku hanya bayar deposit RM500.. dan aku kena tahan 3 hari 2 malam.Ikutkan keadaan,doktor tak benarkan aku discharge lagi tapi aku terpaksa minta discharge sebab aku kena lapor diri untuk kenaikan pangkat di JPA Putrajaya...Bil hospital aku RM2500 lebih..insurans yang bayar. Lepas 2 minggu..ini yang aku dapat..

Duit ubat follow up lepas discharge

Elaun wad 3hari 2malam..

Masa aku ditahan di wad, doktor sahkan aku turut mengalami radang tonsil atau tonsilitis sama macam adik aku. Maka aku perlu lakukan 1 pembedahan. Setelah lebih 4 bulan aku mengelak (takut dan tak ada masa) maka 25 Ogos lepas..aku serah diri untuk operate..

Dan Khamis lepas..ini yang aku terima..

Elaun wad 5hari 4 malam dan Elaun Operation

Duit ubat follow up lepas discharge.

Untuk kali ni bil hospital mencecah RM6500..semuanya ditanggung insurans.. hanya dengan bayaran bulanan RM160 sahaja.. 

So..kepada korang yang belum ada insurans..belilah untuk diri sendiri. Kita tak nak sakit..tapi kita tak tahu bila kita akan sakit. Bersedialah ..Masa kita sakit..kita perlukan duit.. kita boleh bayar topup handphone.. rm100 sebulan.. kita mampu bayar bil internet RM60 sebulan.. ada yang tiap bulan shopping online beli itu ini lebih RM200 sebulan..tapi untuk diri sendiri..kita sangat berkira..

Belilah insurans..bukan untuk kesenangan orang lain..tapi untuk diri sendiri..fikir apa yang aku katakan ni..siapa tahu esok kita sakit.. Jangan jadi macam kawan aku..aku suruh dia beli insurans. dia kata mahal..tak ada duit . selang seminggu kaki dia terkena mesin rumput masa dia tengah mesin rumput depan rumah..putus 2 jari kaki..

....bayangkan kalau dia dah beli insuran seminggu yang lalu.. 1 jari di bayar RM10k.. 2 jari??? dikira lagi sebagai kemalangan dan insuran bayar MC dirumah seminggu RM100.. dan dia MC 3bulan..dan hampir seminggu di wad..cuba kira.. bukan duit jadi ukuran..tapi duit jugalah yang amat diperlukan bila kita dalam kesusahan .fikirkan..

Adeus!!!


2 ulasan:

  1. bagus la akk pen biru ni... tapi saya setuju betul.. malang tak berbau.. ada kawan saya cakap better dia simpan duit kat dlm asb, dari insurans dia kata bg duet hilang mcm tu. org tak pernah dapat malang kan. cuba dia bayangkan kalo tiba2 sakit kronik, operation RM10k, simpanan asb ada la RM10k je.. guna sume abes.. camtu je.. pastu kena simpan lagi..

    kalo insuran, dpt elaun lagi... and coverage still continue, kalo ada extra charge pon still ley cover kan ..

    TQS kak penbiru,
    btw, suami saya buat part time prudential takaful ni..
    dulu dia pon susa nak caya, skang dia plak nak menjual.
    Alhamdulillah..

    BalasPadam

KOMEN YANG MURNI2 AJE ...

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...