Selasa, 9 September 2014

BORDER PASS BARU

Assalamualaikum..

Tengahari tadi aku temankan En.Suami ke Imigresen Anak Bukit untuk buat Border Pass @ Pass Sempadan sebab dia ada urusan bisnes kat Sadao. Dalam kepala aku..mati-mati aku bayangkan Border Pass tu sekeping kertas bergambar..bila dah siap..eh? dah lain dah..

Cantikkan? Macam passport Antarabangsa..kaler je lain

Hanya untuk limgkungan kawasan terhad

Dalamnya..sama macam Passport.

Border Pass ini adalah yang terbaru. Tahniah untuk Imigresen Malaysia..ini satu penambahbaikkan yang terbaik. Dulunya Border Pass ni hanyalah sekeping kertas..2 kali pakai dah lunyai.

Kualiti Border Pass ni memang terbaik. Hanya bawa sekeping gambar passport latarbelakang putih..isi borang dan bayaran RM 10 sahaja. Border ni sahlaku untuk 1 tahun.

Border Pass ini sah untuk kawasan sehingga Wilayah Satun, Songkhla, Yala, Narathiwat, dan Patani dan tempoh untuk berada di sana tidak melebihi 30 hari tertakluk pada kelulusan pihak berkuasa di sana.

Apapun..tahniah Imigresen Malaysia atas pembaharuan ini. Ini aje cerita aku.

Adeuss!!!

1 ulasan:

  1. assalamualaikum Pen biru...seronoknya nak jenjalan...bila la mama nak jenjalan ke luar negara ek...:)

    BalasPadam

KOMEN YANG MURNI2 AJE ...

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...