Selasa, 16 September 2014

KONTROVERSI PAYUNG PETRONAS

Assalamualaikum..

Ramai yang tahu kisah payung Petronas yang sangat panas hingga menimbulkan kontroversi malah amukan dikalangan pelanggan Petronas.

Nak dapatkan payung ni pun punyalah siksa..dan aku faham sangat kenapa sampai ada yang mengamuk. Manakan tidak.. kena beli petrol sekurang-kurangnya RM20 untuk dapatkan 1 cop. Kena kumpul 10 cop. Bermakna kena isi RM200. Dah tu prosedur untuk dapatkan cop tu sangatlah menyusahkan..

Lepas bayar kena bagi Kad Mesra..pastu tinggalkan kad untuk dicop dikaunter.Lepas isi minyak baru patah balik ke kaunter untuk ambil balik kad tu..itupun kena tunggu staf cop dulu..bayangkan kalau orang tengah rushing nak pergi kerja..tidakkah itu prosedur bangang namanya..??? 2-3kali nak pergi kaunter tu..apakejadahnya yang sudah sangat???

Aku ni sejak ada lesen dari tahun 1997 .. dari bawak motor sampailah berkereta hingga ke hari ini..jangan kata payung..paku payung pun Petronas tak pernah bagi. Kedekut nak mampos. Nak bagi payung pun macam tak ikhlas..

Disebabkan aku sekarang berada di Pulau Langkawi..so aku jarang isi minyak kereta..yelah.. pulau secoet ni..manalah aku nak pergi kan?...,aku ambil masa 2bulan jugaklah nak penuhkan cop tu.

Bila dah penuh..pada tarikh akhir 15 September tu..aku nak tukarlah ..boleh pulak payung habis stok..kena tunggu Khamis ni..suruh datang ambil..amboi macmlah aku takde kerja sangat.. bagus betul Petronas ni..

Last-last aku pergi stesen yang 1lagi..mujur ada.. (ke stesen yang aku pergi mula-mula tu sorokkan payung ni????)..

Inilah payung Petronas yang berhantu tu.. biasa jer..aku ingatkan ada emas ke..perak ke..

So..kepada Petronas..untung berbillion pun janganlah kedekut sangat..nak bagi pun macm tak ikhlas..podah!


1 ulasan:

  1. Dik, memang panas dik... Akak lagiiiilaaaa. Merantau dari Negeri 9, Selangor, semuanya memanjang habis stok. Kat Melaka ni, kami pergi ke semua stesen petronas. Memang habis stok memanjang. Hari tu sampai hubby akak kena masuk campur dan bergarang dan berbengis, baru dapat payung. Dalam masa satu jam jer payung semua habis. Geram akak tau. Betullah tu...macam tak ikhlas...

    BalasPadam

KOMEN YANG MURNI2 AJE ...

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...