Khamis, 25 September 2014

PENIAGA TAK FAHAM BAHASA

Assalamualaikum..

Minggu ni..memang minggu yang paling bengang untuk aku. Lepas entri pasal Stalker Bangang tu..masuk pulak entri baru..Entah apalah nasib bila hidup dikelilingi manusia macam ni..

Ada yang tanya aku..kenapa blog tak boleh komen. So biar aku jawab..sebab ada sorang makhluk tak diundang dah datang komen kat blog aku..salahkan aku cerita hal stalker tu. Dia tak duduk ditempat aku.. orang hutang ku RM15,000.00 ok..bukan RM15.. so aku tak perlukan komem dari langau yang macam tu..dan aku hadkan untuk ahli blog sahaja.

Terima kasihlah pada yang bertanya..

Ok..berbalik pada cerita baru. Aku ada tertengok iklan jamu di FB. Rasa macam nak cuba. Bila tanya di FB ,ada ke tidak kelulusan KKM..soalan tu tak berjawab. Yang ada di situ hanyalah.. 
"jika nak beli, sila sms RBK jarak dan nama ke no 019*******"

So aku pun buatla...

18.09.2014
Aku send RBK_nama seperti yang diminta.Dan aku memang nak beli...so aku send YES tu

dia jawab macam ni..


Lepastu aku tanyalah..pasal kelulusan Kementerian Kesihatan tu..benda nak makan..jadi darah daging..kalau apa-apa hal jadi camne? Dan itulah dia jawab..aku ambik keputusan untuk diam sebab nak fikir dulu..

19.09.2014
Awal pagi di dah sms aku tanya..agak-agaklah. masa tu aku tengah sibuk bersiap nak pergi kerja..amboi. Aku jawab bila aku dah free. Rasanya ayat aku tu cukup lembut dan jelas..bahasa melayu kot. Disebab tu..aku malas dah nak jawab..

20.09.2014
Pukul 7 pagi dia mesej lagi..aku dah naik bengang..dah ganggu aku..kebetulan hari tu aku mc..tak sihat..baru nak sambung tidur (aku period ok..so jangan ada yang buat-buat tak cerdik tanya aku ni tak solat Subuh ke)

21.09.2014
Tengok..dia mesej lagi..memang tak faham bahasa..

Aku dulu pun berniaga juga..tapi faham-faham sendiri lah kalau pembeli tak respon..apa lagi kalau pembeli tu dah terang-terang jawab tak nak beli..ini semua punca aku angin 1 badan.

So..nasihat aku..kepada korang yang berniaga..belajarlah faham bahasa orang.. kalau pelanggan tak respon..sudah. Tak payah nak tanya bagai..Lu pikirlh sendiri.

Itu cerita bengang aku..siapa tak suka tak payah komen.

Adeus!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

KOMEN YANG MURNI2 AJE ...

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...