Sabtu, 27 April 2013

KURSUS LAGI


Assalamualaikum..

Memang bulan ni graf blog aku agak rendah..mau tak nya..entri hanya ciput. Bulan ni aku amat sibuk dengan pelbagai aktiviti dan masalah. Apapun aku redho..

Sebagai penjawat awam, aku di wajibkan berkursus sekurang-kurangnya 7 hari dalam setahun. Nak tak nak terpaksajuga. Aku tak kisah bab nak kursus ni..kursus apa pun tak apa..cuma yang amat aku bengang bila kursus tu melibatkan hari cuti minggu.

Aku baru plan nak start menjahit..dah kena kursus. Bila kursus hari cuti minggu,memang tiada ganti cuti tu. Zalim kan.???

Berbalik pada kursus yang aku terpaksatanparela kena pergi tu..lokasinya di Keda Resort Bendang Man, Sik Kedah. Tempatnya ok lah cantik. Bilik pun ok. Cuma katerer yang diambil tu aje..makanannya sekadar boleh mengenyangkan aje..

Ini biliknya. Kalau datang berkeluarga boleh bawa toto sebab bilik tu luas. Sewa dalam RM130 untuk 1 malam

Katil single 2..tapi ada bantal tambahan..


Kalau korang bawa alat memasak kat sini bolehla..tapi kena guna periuk elektrik aje


Ini bilik airnya..tiada waterheater kat sini..air sejuk tapi agak keruh ikut keadaan air sungai. 

Deretan bilik resort

Sekarang aku nak tunjuk keadaan dalam kawasan resort ni..sayang sikit air sungai agak keroh sebab masa hari ketibaan , hujan amat lebat. Tak sesuai nak mandi dengan arus yang kuat




Perusahaan madu Kelulut..harganya lagi mahal dari madu Lebah

Sarang Kelulut





Aktiviti kat sini oklah dan kali pertama jugak aku try buat flying fox..best jugak. Itu aje cerita aku. Insya Allah ada kelapangan waktu akan aku BW blog korang..

Adeuss!!!


2 ulasan:

  1. Menarik juga chalet nie yea...ada kesempatan, bleh la rietta bercuti disini nnti....

    BalasPadam
  2. best....macam2 aktiviti boleh buat nampaknya kat situ...

    BalasPadam

KOMEN YANG MURNI2 AJE ...

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...