Ahad, 21 April 2013

MASTERCHEF SELEBRITI EPISOD 1

Assalamualaikum..

Malam tadi aku layan Masterchef Selebriti Musim ke-2. Best jugak. Masing-masing sibuk tunjuk bakat dan kemampuan..

Tapi dalam banyak-banyak peserta yang paling mencuit hati dan yang paling aku suka adalah Yasin..


Dengan selamba ..cool ya amat.. releks gila tengok dia masak. Orang lain berpusu-pusu kelam kabut ambik bahan masakan..dia releks aje... walaupun hasil masakan dia tak sehebat orang lain..tapi tetap di puji Chef Zubir..sedap jugak..memang lawak bila di dapur ada pak lawak.

Pun begitu nasib dia tak berapa baik sebab malam ni dia kena masuk sesi penyingkiran. Alah!..ni kan malam pertama..aku pasti dan sangat pasti..yang tiada penyingkiran malam ni..

Sebut bab pasti..aku tergelak sakan bila teringatkan nama masakan Yasin yang tak berapa menjadi semalam..masakan bertemakan pasta yang di namakan  "PASTA TAK PASTI"

hahahahahha..memang lawak betolla!

6 ulasan:

  1. Miss lah program tu. Tak tau pun ..sebab bizi update blog. ha ha .

    BalasPadam
  2. assalamualaikum pen biru...yer la kali ni ramai pelawak2 pula tu..;)

    BalasPadam
  3. tak pernah tgk pun...asik katun dgn bola je

    BalasPadam
  4. salam..kak intan pon tgk..tergelak gak kak intan tgk dia masak..buh nama tu tak menahan tu

    BalasPadam
  5. tapi sedih juga awal2 dah keluar...orang lawak ni penyeri majlis..kawan2 pun macam tak percaya..

    BalasPadam
  6. hahaha..yassin ? masterchef kali ni pasti lagi gempak...

    BalasPadam

KOMEN YANG MURNI2 AJE ...

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...