Ahad, 27 Mac 2016

DISCOVER KEDAH 2016 - PUNCAK BUKIT CHORAS

Assalamualaikum.

Destinasi jelajah hari ini adalah Puncak Bukit Choras. Lokasi destinasi jelajah ini sangat sesuai untuk peminat aktiviti mendaki memandangkan bukit ini masih lagi belum terkenal walaupun disini terdapat peninggalan sejarah dizaman silam.

pic credit to :www.memori-kedah.com

Diceritakan bahawa terdapat  Istana Sultan Syed Ali Wa Maulana Jamalul Alam Badrul Munir yang terletak di puncak Bukit Choras tetapi telah dimusnahkan oleh penjajah Siam Buddha dan kini terdapat sebuah bangunan berhala berbentuk kubah. Ia berkemungkinan sebuah "stupa" yang berkaitan dengan pemujaan agama Buddha.


Ada pula di versi lain yang mengatakan Raja Bersiong pernah bersemayam di puncak bukit ini walau bagaimanapun cerita Raja Bersiong hanyalah sebuat hikayat. 

Pun begitu, hasil yang ditemui sebenarnya lebih bernilai dari itu iaitu khazanah seawal 5 Masihi ketika Kedah masih lagi belum diketahui asal usul sultan dan rajanya.



"Candi ini terletak di puncak Bukit Choras, Mukim Sala Besar, Daerah Yan berhampiran Kota Sarang Semut, Kedah Darul Aman. Ia dijumpai di dalam tahun 1845. Ekskavasi awal telah dilaksanakan dalam tahiun 1983 dan 1984. Candi ini yang dipercayai digunakn oleh penganut agama Buddha dibina dengan menggunakan batu laterit dan batu lumpur. Disebelah timurnya telah dijumpai 2 buah kolam yang digali berbentuk empat segi bujur.

Diantara artifak utama yang dijumpai ialah batu bersurat berunsur Buddha. Tulisannya menggunakan huruf Pallava dan Bahasa Sanskrit. Artifak-artifak ini ialah pecahan seramik dan besi. Berdasarkan data yang diperolehi, candi ini dipercayai dibina pada abad ke 5 Masihi."

pic credit to : www.tayargolek.com


Bukti penemuan berhala teresbut telah pun dijumpai dan kini ianya disimpan untuk pameran di Muzium Arkeologi Lembah Bujang. Maka yang tinggal di Bukit Choras hanyalah tapak lama sahaja. Pun begitu bagi peminat sejarah, bolehlah melihat sendiri kawasan asal yang bersejarah ini, dimana ketamadunan Islam belum lagi tiba di Semenanjung Kedah Tua.



"Kedah Malaysia..
where it all began"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

HATERS ARE NOT WELCOMED!!!

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...