Rabu, 9 Mac 2016

DISCOVER KEDAH 2016 - PENDANG LAKE RESORT

Assalamualaikum.


pic google

Discover Kedah  2016 masih lagi di Daerah Pendang. Jelajah hari ini kita akan ke sebuah tasik dan resort  yang cukup sinonim dengan Daerah Pendang, iaitu Pendang Lake Resort. Jaraknya lebih kurang 25km dari Bandaraya Alor Setar.

pic credit to : Omar Hassan @ btpnkedah.moe.edu.my

Pengunjung boleh berkhemah dan  melakukan sukan air termasuk memancing dan pelbagai lagi aktiviti menarik dengan sedikit bayaran dikenakan. 

panorama senja di Tasik Pendang
pic crdit to : omar@btpnk

Tasik ini merupakan bekas kawasan payah dan sawah padi yang terletak di Mukim Air Putih, Pendang dan merupakan satu-satunya  pusat latihan dan rekreasi di daerah ini. menariknya resort ini dikelilingi kawasan sawah padi.

pic credit to : Omar Hassan @ btpnkedah.moe.edu.my

Resort ini juga terbuka untuk orang ramai dengan pelbagai kemudahan disediakan. Terdapat pelbagai jenis pilihan bilik dengan harga yang berpatutan. Tempat ini sangat sesuai untuk berehat sambil menikmati panorama indah tasik di kawasan sawah.

"Kedah Malaysia..
where it all began"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

HATERS ARE NOT WELCOMED!!!

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...