Ahad, 6 Mac 2016

DISCOVER KEDAH 2016 - BUKIT PERAK

Assalamualaikum.

Untuk jelajah pertama di Daerah Pendang, kita akan berkelah di Rimba Rekrasi Bukit Perak yang terletak kira-kira 20minit perjalanan dari Felda Sg.Tiang.


Rimba Rekreasi Bukit Perak merupakan salah satu destinasi pelancongan yang menarik di sekitar Pendang kerana anugerah alam semulajadinya yang kekal terpelihara seperti air terjun 3 peringkat, singkapan berbatu, hutan pamah dipterokarpa dan pelbagai spesis flora seperti meranti dan lain-lain.

pic credit to : kedah2u.com.my

Rimba rekreasi ini juga menawarkan pelbagai aktiviti menarik yang boleh dilakukan pengunjung seperti meredah hutan, mandi-manda, berkelah, dan juga kem musim panas.


pic credit to : ppiksgtiang.blogspot.my

Kawasan rekreasi ini lengkap dengan parkir dan tandas awam dan sangat sesuai untuk dijadikan kawasan perkhemahan dan perkelahan keluarga. Bukit yang berketinggian 865meter ini juga menjanjikan suasana alam yang cukup mendamaikan

*info sumber : www.mdpendang.gov.my  /  ppiksgtiang.blogspot.my

"Kedah Malaysia..
where it all began"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

HATERS ARE NOT WELCOMED!!!

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...