Selasa, 8 Mac 2016

DISCOVER KEDAH 2016 - KUBUR PANJANG

Assalamualaikum.

Bagi aktiviti jelajah, tidak lengkap sekiranya kita tidak melawat tempat yang dianggap mistik, misteri dan mempunyai 1001 cerita mengenainya. Untuk hari ini kita akan melawat sebuah kubur yang dianggap misteri iaitu Kubur Panjang.

pic google

Kubur Panjang yang terletak di sebuah tanah perkuburantanah wakar seluas 0.4ekar di Mukim Rambai , Pendang ini dikatakan bersaiz biasa, namun kedudukan batu nisannya semakin memanjang dan telah mencecah 8.6meter.

Ia terus menjadi misteri, bagaimaa batu nisan tersebut boleh berubah sehingga begitu jauh dari kedudukan asal. Dan dari situlah tempat ini dinamakan Kubur Panjang. Mengikut cerita penduduk tempatan, asalnya kubur ini adalah kawasan pertandingan sabung ayam.

pic google

Kisah bermula apabila dua beradik yang bertanding sesama sendiri telah membuat perjanjian iaitu tidak dibenarkan bersorak jika menang. Tetapi salah seorang daripada mereka (ada cerita yang mengatakan adik, ada versi lain mengatakan abang) yang telah menang telah bersorak.

Maka seorang lagi berasa terlalu marah dan membunuh saudaranya itu. Akibat kesal dengan perbuatan sendiri, akhirnya dia membunuh diri sendiri. Penduduk kampung telah mengkebumikan mayat salah seorang disitu dan pada keesokkan harinya kubur tersebut didapati semakin memanjang.

Apa jua kisahnya, kisah ini sangat memberi pengajaran kepada kita semua dan sama-sama kita doakan agar roh mereka diampuni Allah atas kesilapan masing-masing.


"Kedah Malaysia..
where it all began"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

HATERS ARE NOT WELCOMED!!!

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...