Sabtu, 5 Mac 2016

DICOVER KEDAH 2016 - PENDANG

Assalamualaikum.

Selesai sudah jelajah kita ke Daerah Kota Setar, dan mulai hari ini kita akan menjelajah daerah Pendang. Sebenarnya penulisan autopublish ini terhenti lebih 2 minggu akibat kekecewaan aku sebagai anak Kedah , di mana politik negeri ini telah dikacau bilaukan oleh orang yang tidak bertanggangjawab menghancurkan keharmonian negeri tercinta ini. Oleh kerana , entri mengenai Discover Kedah 2016 ini sudah pun memasuki 40% liputan, maka aku teruskan juga entri berikutnya.

Hari ini kita akan review sedikit mengenai Daerah Pendang yang merupakan daerah ke-4 bagi siri penulisan Discover Kedah 2016 ini.

pic credit to : kedah2u.com.my

Nama ‘Pendang’ dikatakan berasal daripada nama ‘Pendiat’ yang bermakna parit atau lubang yang digali khas untuk menangkap dan menjinakkan gajah. Gajah-gajah yang telah dijinakkan dimandikan di telaga sejarah yang terdapat berhampiran Balai Polis Daerah Pendang. Menurut sejarah, telaga ini adalah telaga asal dan tidak pernah kering walaupun di musim kemarau panjang.Anak-anak gajah dipelihara di sebuah kampung yang bernama Kubang Anak Gajah dan gajah-gajah yang mati pula akan ditanam di satu tempat bernama Kampung Gajah Mati.
Pada zaman tersebut, Pendang adalah tempat pembiakan gajah yang terbesar dan terkenal di Negeri Kedah selain dari Mukim Naga di Daerah Kubang Pasu. Gajah menjadi kenderaan utama pada masa itu terutama sebagai kenderaan darat untuk menghantar ‘ufti’ ( Bunga Emas ) ke Negeri Siam.Pendang merupakan sebuah daerah dalam Negeri Kedah Darul Aman yang diwartakan pada 1 Februari 1975 dan disempadani oleh Daerah Kota Setar di bahagian Utara, Daerah Yan di Barat, Daerah Padang Terap dan Sik di sebelah Timur dan Daerah Kuala Muda di bahagian selatan. Keluasan bagi Daerah Pendang ialah 62,929 hektar atau 629.29 kilometer persegi dan terbahagi kepada lapan mukim iaitu Mukim Tobiar, Mukim Padang Pusing, Mukim Guar Kepayang, Mukim Padang Peliang, Mukim Rambai, Mukim Bukit Raya, Mukim Padang Kerbau dan Mukim Air Puteh.
Antara tempat menarik yang akan kita jelajah di entri akan datang ialah;
1.Bukit Perak,Pendang
2.Hutan Rekreasi Sg.Rambai,Pendang
3.Kubur Panjang
4.Pendang Lake resort
5.Perigi Mandi Gajah

Dan entri akan menyusul esok..

*info sumber : www.mdpendang.gov.my

"Kedah Malaysia..
where it all began"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

HATERS ARE NOT WELCOMED!!!

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...