Jumaat, 18 Mac 2016

DISCOVER KEDAH 2016 - HUTAN LIPUR SG.TEROI

Assalamualaikum.

Sebelum aku meneruskan entri mengenai Hutan Lipur Sg. Teroi ini, suka aku ingin berkongsi info. Untuk pengetahuan semua, Gunung Jerai terletak ditengah-tengah antara 2 daerah iaitu Yan dan Kuala Muda.

Gunung  Jerai yang menghadap arah utara dan sebahagian besar barat, temasuk dalam daerah Yan manakala  bahagian selatan dan timur termasuk dalam daerah Kuala Muda.


pic credit to : www.exploring-malaysia.com

Hutan Lipur Sg.Teroi berada di sempadan daerah ini, iaitu hulunya didalam sempadan Daerah Kuala Muda dan yang selebihnya serta anak-anak sungainya mengalir ke kampung-kampung dalam  kawasan Daerah Yan.

Tiada bayaran dikenakan . Dari sini, kita boleh melihat keindahan Negeri Kedah dari aras yang tinggi dengan pemandangan yang cukup cantik dan kita boleh merasai suhu yang rendah sekiranya tiba di sini pada waktu pagi. Suasana tenang dan udara yang sedar pastinya cukup menarik dan mempersonakan.

pic credit to :  FB Amir Zakwan

pic credit to :  FB Hakim Bahar

Sebagai anak jati Kampung Teroi, hutan lipur Sg.Teroi ini pada awal dahulunya dikenali sebagai Taman Rimba Gunung Jerai. Aku sendiri sudah lama tidak kesini. Hendak ke air terjun dan kolamnya memang mudah, tapi untuk bejalan balik agak semput kerana perlu mendaki anak tangga yang boleh tahan tingginya. 



pic credit to : www.exploring-malaysia.com

Hanya perlu naik ke Gunung Jerai melalui satu-satunya jalan yang ada, kawasan rekreasi ini berada di pertengahan jalan menuju puncak Gunung Jerai. Di sini sesuai untuk berkelah dan berkhemah. 

Pun begitu, selain pengunjung yang tiba di sini, suka diingatkan bahawa penduduk asal juga ada dan kita sebagai tetamu, harus menghormati penduduk asal dengan menjaga kebersihan dan adab . Insya Allah, semuanya akan lebih baik jika kita menghargai makhluk dan ciptaan Allah ini

"Kedah Malaysia..
where it all began"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

KOMEN YANG MURNI2 AJE ...

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...