Isnin, 31 Mac 2014

BAWA KERETA KE LANGKAWI

Assalamualaikum..

Perkongsian hari ini. Biasanya orang pergi Langkawi naik feri. Mungkin ada yang tau..tapi ramai yang tak tau.. boleh bawa kereta sendiri naik feri. Bukan kereta aje..motor dan lori pun boleh.

Untuk kereta biasa RM180 termasuk pemandu dan RM18 untuk penumpang dewasa. Untuk harga boleh tengok link www.langkawiroro.com.

Perkhidmatan ini hanya di Jeti Kuala Perlis dimana kenderaan dan tuannya sampai sentak.

Untuk naik feri ni perlu bawa makanan sebab ambil masa 3jam baru sampai di Pelabuhan Tanjung Limbong. Makanan atas feri mahal..baik bawa bekal.

Aku gunakan servis ini hari ini. 3hari sebelum.perjalanan mesti dah booking dengan deposit RM100.

Kalau korang nak guna servis ni..boleh call/sms 0175363574. Cakap je nak booking bila dan bagi no.plat kenderaan. Lepas tu minta no.akaun syarikat Langkawi Ro-ro tu..dah dapat korang bank in deposit RM100 dan emailkan/faks geran kenderaan (depan dan belakang) dan slip bayaran tadi.

Hari nak bertolak..jangan lupa bawa slip tu.

Sampai di Kuala Perlis..Langkawi Ro-ro ni sebelah masjid..Masuk je kat sini







Lepas parking..masuklah dalam ofis tu dan bayarlah apa yang patut. Pukul 12.15tengahari pastikan korang ada dalam kereta. Lepas tu nanti kereta akan disuruh bergerak ke jeti sebelah Masjid.



antara kereta yang tunggu untuk berlayar..










Kalau tak cekap drive..eloklah suruh yang cekap ye sebab nak naik ni mencabar sikit..kena main handbreak pulak. Dah naik atas feri nanti koramg dapat slip untuk di isi dan akan diserahkan di Langkawi nanti.




Lepas parking bolehlah naik tingkat atas..ada tempat duduk..walaupun ada aircond..tapi panas gila..tak tahan aku..

Tengok kereta lain tengah kena angkat.



Perlayaran 3 jam ye..bawa bekal tau..nanti.lapar..

Dah sampai..









Ok..kat gate tu nanti korang kena serah slip yang dapat tadi.

Itu aje cerita aku sebagai penutup bulan Mac ini..Sekian..

Adeus!!!
posted from Bloggeroid

12 ulasan:

  1. Menarik nie...bleh jmat duet sewa keta...itu harga one way ke retun sekali...

    Gran ada dgn bank...pkai yg xerox bleh x?

    BalasPadam
  2. tu hrga 1 way..return rm320..pkai geran potostate pn ok je

    BalasPadam
  3. return 320, kalau duduk lama di langkawi, boleh jimat duit transport sangat2. Ada tak yang dia kata ferry delay sebab air surut?

    BalasPadam
  4. ni kalo nak memborong bagus ni boleh bawak je kete..mcm biasa kat sini nanti ada kastam kira tax brg2 ye?

    BalasPadam
  5. kalo dok lama kt langkawi tu berbaloi la bawak keta sndiri... kalo kejap je.. bek guna public trnsport kt sane kn.. :)

    BalasPadam
  6. 3 jam ker?? mak aik lamanyaaa....... betul ker 3 jam

    BalasPadam
  7. sy bc kt blog lain, diaorg ckp kete smpi sehari slps kte smpi langkawi..btul ke?feri angkut kete ni hanya ada kete dgn driver je ke?penumpang yg lain kena naik feri lain ye?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
    2. utk mklumat..hnya feri roro shj..yg smpi ke langkawi dlm masa 3 jam..bersama pemandu n penumpang kereta.penumpang dikenakan bayaran rm18 utk dewasa n rm7utk kanak2 kalau x salah sy. klau yg ambik masa 1hari baru nk sampai tu .tu adalah servis dr sykrt Pertiwi Shipping dan Wantas Shipping...tongkang tu hny bwk kenderaan shj..pemandu n pnumpg kna naik feri lain yg biasa tu.semua mklumat tentang feri roro ada pada entry ini dan rasanya cerita sy tu dah lengkap dan mudah d fahami

      Padam
  8. Salam bang... Services nie mmg ade kat jetty kuala perlis jew ke ??

    BalasPadam
    Balasan
    1. slm.ye ..hanya jeti k.perlis..

      Padam

KOMEN YANG MURNI2 AJE ...

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...