Rabu, 26 Mac 2014

HELI DAH SAMPAI


Assalamualaikum..

Rentetan catatan aku mengenai kebakaran di Gunung Jerai, hari ini aku dimaklumkan oleh kawan aku yang berkerja dengan balai bomba Alor Setar bahawa sebuah helikopter dari IbuPejabat sudah tiba dan telah memantau kawasan gunung yang terbakar itu..

Aku juga telah mendapat maklumbalas dari pembaca blog ini.bahawa kebakaran makin merebak dan sudah hampir sampai kebawah.

Atas rasa tanggungjawab sebagai anak tempatan dan Gunung Jerai adalah sebahagian dari hidup aku..aku memohon agar siapa sahaja terutama pihak berwajib dengan kadar segera mengambil tindakan. Sekarang ini musim kemarau..kebakaran makin melampau..


Semoga masalah ini cepat selesai..

2 ulasan:

HATERS ARE NOT WELCOMED!!!

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...