Isnin, 23 Mei 2011

ESCAPING D' SARAWAK - PART 1

SARAWAK- 19.05.2011

Sarawak Bumi Kenyalang..?? tapi aku p sana tak jumpa sekor pun burung kenyalang. Yang aku jumpa bulu burung kenyalang yang penari taman budaya dok guna buat menari tu...yang banyaknya kucing..maklumla tidor di Kuching..

Assalamualaikum..

Bermula al-kisah aku pi bercuti ke Kuching pada 19 Mei lepas, dengan mak aku dan ditemani En.Hubby yang sepanjang2 jalan asyik nak begaduh dengan aku ja. Malas dah nak p mana2 dengan dia pasni.

Bertolak dari umah aku pukul 8.30 malam dah tercegat di airport Kepala Batas..flight pukul 9.50. Sampai kat LCCT dalam pukul 11 lebih. So nak lepak kat Tune Hotel tu pun mahal gila vavi. RM200 untuk 1 malam dengann keluasan sebesar bilik air mak aku di kampung. So aku ambik keputusan nak lepak kat surau LCCT. Sekali dalam pukul 12mlm ada orang mai nak tutup surau. Dia kata surau buka sampai pukul 12 ja. Cit!!  Pastu aku pun usung mak aku nak lepak dalam LCCT. Gaya nak lelap mata dengan kebisingan tahap jebon, dah announce plak depa nak fogging bangunan tu dalam pukul 12.30. So mak aku kata,better pi lepak kat KLIA terus. Tapi malam dah lewat . Bas dah tak de. Yang ada shuttle yang mahal. Mau tak mau terbang RM8 perhead. Kalau dari awal terus p KLIA baru RM2.50 jek. So sampai kat KLIA dalam pukul 1.30pg. Aku lepak kat kerusi luar tingkat 5. Kesian kat mak, aku ajak mak tidor surau. So barulah leh lelapkan mata..dalam kesejukkan lantai surau yang tile 100%..



 Tengah2 minum geng ni mai..nak p mana ntah. Tak sombong. Tengah makan oran ami minta auto pun dia bagi..siap possing2 tangkap gambar lagi


 Tiba2 aku terjumpa member lama dalam flight..tu yang lelaki tu. Nama dia Saiful Akmal.hahah..nasib tak jumpa live..jumpa dalam pamplet ja..huhuh

dari awan biru, nampak Sungai Pahang..

Masa sampai kat air-port tak sempat pulak nak possing masing2 kalut naik van. Ada 1 peritiwa yang betol2 buat spoil mood aku ja. Dari sehari sebelum aku pi sana lagi. Nanti2 la ku cerita. Semoga dapat jadi pengajaran pada orang lain. sekarag mood aku nak cerita pasal aku p jalan2 kat sana dulu..so dipendekkan citer, dah sampai ke hotel. Lepak kat Tune Hotel jek. Petang tu dalam pukul 5 aku turun jalan2.
Batu tanda kat Waterfront tu..ntah apa dia tulis..aku baca sekali lalu je..

Dari dataran sebelah Waterfront.. yang seberang sungai tu bangunan Dewan Undangan Negeri Kuching..gambar sebelah kanan tu, kepala patung buaya..yang aku nampak, ada 2 ekor kat situ..

Sedikit sejarah James Brooke kat tugu sebelah Waterfront tu..

Disebabkan aku sibuk harini,nak upload gambar pun slow macam jebon...so takat ni jelah citer aku. banyak sebenarnya aku nak citer. tapi harini sibuk betol. Maklumla dah dekat seminggu aku tak masuk opis. Esok aku sambung..ok..Arios!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

HATERS ARE NOT WELCOMED!!!

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...