Ahad, 15 Mei 2011

Wajah Kesayangan Hamba

Assalamualaikum..
Dah lama aku membisu dari sebarang post. Sibuk dengan menjahit manik di hari cuti.. Pagi Ahad yang dilanda blues. Ingin aku memperlihatkan 2 wajah yang menjadi kesayangan ku..Apa bezanya mereka berdua?? Bezanya mereka dilahirkan oleh orang yang berbeza yang lahirnya juga dari orang yang sama. Ya..mereka adalah sepupu...Rasanya lain2 tu tak ada. Yang ada hanyalah persamaan...

  Mereka dilahirkan pada bulan yang sama..Jun 2009, cuma berselang 2 hari...


Mereka berkongsi kasih sayang yang sama,walaupun berbeza ibu bapa..


Mereka diberi pakai baju yang warnanya sama, walaupun kadang2 berlainan jenama


Mereka suka bermain bersama, cuma mereka sekarang sudah jarang bejumpa..


 Mereka berkongsi dan kadang2 berebut Walit yang sama, ingin didukung berdua,walaupun kadang2 mereka bercakaran muka


Mereka suka naik kuda besi, cuma abang penakut tapi adik berani..


Mereka selalu minum susu pada masa yang sama, walapun ada yang suka buang dan ada yang habiskan semua

Apa jua perbezaan mereka, padaku mereka tetap sama. Anak2 yang aku sayang. Si Chubby dan Si Naughty. Kedua2nya adalah anak2ku..."Mak sayang abang dan adik. Mak tak pernah bezakan kamu berdua. Kamu tempat mak meluah kasih. Kamu anak2 mak yang nakal dan manja. Semoga dewasa mu menjadi anak yang berguna.."

2 ulasan:

  1. heheheh...cute2....comey2...

    BalasPadam
  2. hehehehe..ala aku kecik2 dulu pun comey gak..la pun comey..ahaks!!

    BalasPadam

KOMEN YANG MURNI2 AJE ...

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...