Ahad, 29 Mei 2011

ESCAPING D' SARAWAK - PART 3

Assalamualikum...

Msuk part-3..kisah di Taman Budaya..Salah 1 tempat yang wajib p dan masuk kalau dah sampai Sarawak. Kalau tak macam tak cukup syarat. Lepas lunch, kami pun bertolak ke sana. Di perjalanan tu singgah sat di Muzium Kucing..tinggi ken main tempatnya..atas bukit. Disebabkan hari ujan..so tak delah gambo yang dapat aku shoot di luar kawasan muzium tu.. kalau tak memang boleh nampak bandar Kuching tu..sedey..

So ni adalah beberapa gambar yang dapat aku shoot dalam muzium tu. Nak masuk muzium tu free je. Cuma pada yang nak bawak kamera kena bayar..RM4 untuk kamera digital, RM5 untuk kamera camcoder tu..so dah alang2 masuk..bayar ajelah...

 kat Muzium Kuching...

Macam best ja ikan tu...

 Sama tak???

 Koleksi kucing yang tak larat nak di kira

Ada ke orang yang sanggup jadi pencuri kucing??

 Kucing tidur....

Dalam muzium ni terdapat beratus2 jenis spesis kucing yang dipamerkan samada berbentuk gambar ataupun yang telah diawet. Rasanya ok jugak masuk muzium ni. Banyak info yang aku dapat tau..Sejarah kucing dan sebagainya..Kepada peminat kucing, elok rasanya masuk muzium ni. Pada aku yang sukakan ilmu (buweek!!! statement paling angkuh), aku suka muzium ni..

Lepas lebih setengah jam dok melilau kat muzium tu, barulah bertolak ke Taman Budaya. Hujan lebat gila..risau jugak takut kat Taman Budaya pun hujan. Tapi member aku cakap, taman tu jauh lagi. Mungkin sana tak hujan..

 Gunung Santubung..yang dapat aku shoot dalam van masa on the way ke Taman Budaya..

Dalam pukul 2..sampaila kami kat Taman Budaya tu..Nasib baik tak ujan. Nak masuk ke Taman tu kena bayar RM60 (dewasa) dan RM30 (budak). Kalau anak Sarawak RM25 jer..student RM35 kot.. Pastu diorang akan bagi 1 passport yang mana, passport tu bila kita sampai setiap umah dalam taman tu , kita boleh cop..sebagai kenangan jer..Nasib aku baik sebab ni kakitangan kerajaan..so aku dapatlah guna passport murah yang di khaskan untuk insan2 terpilih macam aku..Aku ada kenal budak AG Kuching. Dia la yang pinjamkan aku passport untuk masuk Taman Budaya tu. So aku kena bayar RM40 jer tapi passport tu tak dapatla kat aku..dah abis guna kena bagi balik...

Inilah rupa passport yang di khaskan untuk kakitangan kerajaan. Kalau kaler kuning untuk anak Sarawak..kaler hijau untuk orang awam..

 Ada je jalan yang elok..saje gatal2 nak test titi ni..

 Rumah Melanau kot..aku pun dah lupa..tinggi gilak!

 Possing gila2 dari masyarakat yang tak berapa betul..

 Sedap gak sora makcik ni..dalam umah melayu..dia menyanyi sambil berpantun..

Letih2 berjalan..(luas betul taman ni..view memang cantik berlatar belakangkan Gunung Santubung..Dalam pukul 4, ada pulak persembahan budaya kat panggung. So kami pun terus le melepakkan diri dalam panggung tu..nsib baik ada aircond..kering semua peluh yang keluar masa menapak nak melawat taman tu..

Mak aku berpossing depan pintu masuk Panggung Budaya ..aku jer malas nak possing..makeup dah cair weh..panas gila..

okla ..cukup entry kali ni..esok la aku sambung..ada sikit lagi nak abis..kerja aku pun sedang menunggu atas meja ni..Arios!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

KOMEN YANG MURNI2 AJE ...

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...