Isnin, 30 Mei 2011

ESCAPING D' SARAWAK - PART 4

Assalamualaikum..

Masuk Part 4....sambung kisah di Taman Budaya..Lepas penat berjalan2 menengok rumah suku kaum di Sarawak..kami masuk la Panggung Budaya tu..ada persembahan dari penari2 kat sana..ok la pada aku. Depa ni dah pro dah. Pandai tarik perhatian penonton..Jom tengok gambar..

Sayangnya aku tak ingat apa nama tarian ni..tapi best...

Ni tarian opening...

superb!!!

 Nilah geng paling lawak..memang gamat 1 panggung gelak tengok aksi depa ni..


Personally, aku memang puas hati menghabiskan RM40 untuk menikmati hidangan minda di sini..memang best..sapa2 yang buta seni memang tak rasa apa2. Rugilah sapa yang tak masuk..

 Gunung Santubung dari tepi..(on the way nak balik Kuching)


Sampai di Kuching, kami request nak beli kek lapis kat seberang sungai..tapi oleh kerana aku sorang ja yang penakut nak naik perahu tu..driver tu dengan murah hati tanpa caj bawak kami ke seberang. Member aku ada cakap, jangan beli Kek Dayang Salhah..tak sedap dia kata. Aku pecaya cakap dia sebab dia anak jati Kuching..so dia lebih tau. Ada jugak kawan2 yang kata kat aku sebelum aku pi.. kalau nasib tak baik..kek kat situ ada yang dah hapak..

So kawan aku tadi suggest beli kat Mira Cake..kek dia sedap. Malam raya beratur orang beli..dia le citer kat aku..so aku pun try la..semua penjual kek kat sini, dah potong kecik2 untuk orang rasa. Aku tengok ada setengah tu, rasa sampai kenyang..last2 hagham tak beli..So aku pun beli la 4 biji, mak aku 4 bijik..murah je..sebiji RM10..

 Aku pinjam gambar ni dari blog lain sebab aku tak sempat nak shoot gambar..tangan aku dah penuh barang..Ni meja kedai Mira tu..dia jual kat bawah payung jer..tapi laris gila

 Ini aku ambil dari blog Mira sendiri..Kek ni aku beli..memang sedap. Nama dia Lapis Neslo tak salah aku. Tapi aku beli haritu, tak de pulak warna camni...

Aku beli cheese,neslo,samarinda dan apa ntah 1 lagi..aku pun dah lupa..memang sedap. Tapi harus di ingat tak boleh simpan lama sebab dia kek yang basah. Senang berkulat. Tak macam kek lapis indonesia yang lebih kering, ringan dan tahan lama..

So pada sesiapa yang nak try kek ni tanpa perlu terbang ke Sarawak.. klik link ini  http://miracake.blogspot.com/ okla..sambung nanti..untuk part last..Arios!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

HATERS ARE NOT WELCOMED!!!

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...