Akan berlaku pada malam esok dari jam 8.40malam hingga 12.14tengahmalam. Maha Suci Allah..Marilah kita sama-sama merenung kebesaran Allah. Sesungguhnya peristiwa malam esok telah pernah berlaku pada 17 Nov 1957 yakni sekali dalam 54tahun.
Jumaat, 9 Disember 2011
Rabu, 7 Disember 2011
BANTUAN RAKYAT 1 MALAYSIA
Assalamualaikum..
Lambat pulak aku masuk entri harini sebab aku baru balik dari taklimat pemberian Bantuan Rakyat 1 Malaysia atau singkatannya BR1M, yang telah diadakan di Dewan serbaguna Kompleks Pentadbiran Kerajaan Anak Bukit.
Syukurlah sebagai rakyat Malaysia, PM kita dah nak bagi bantuan kepada isi rumah yang berpendapatan bawah dari RM3000. Keterangan dan penjelasan yang diberi oleh wakil Kementerian Kewangan amat jelas di fahami. Majlis turut dihadiri Dato Wira Johari Baharom, Timbalan Menteri Pertanian. Kalau ada juga yang tak berterimakasih, eloklah korang pindah p dok bangladesh ke..palestin ke..indon ke..silakan
Berikut adalah intipati taklimat yuang ingin aku kongsikan bersama..
Siapa yang layak?
- Pendapatan isi rumah bawah dari RM3000 sebulan
- Yang layak adalah ketua keluarga yang terdiri daripada orang yang dah berkahwin seperti bapa, ibu atau bapa tunggal yang ada tanggungan, warga emas sebatang kara yang berumur 60 tahun keatas, bujang yang ada tanggungan (adik-adik-ni bagi kes yang anak yatim piatu ATAU yang ada anak angkat yang sah)
- Mestilah warganegara Malaysia sahaja..bangla dan indon tak bley ok, p mintak kat kerajaan koranglah,buat pe nak sibuk dengan kerajaan Malaysia.
- JIKA..dalam 1 rumah ada 2 kelamin atau lebih..contohnya, orang yang dah kahwin, samada dah ada anak atau belum tapi masih tinggal didalam 1 rumah sekali dengan ibu bapa, maka yang layak terima adalah bapa DAN anak yang dah kawin tu..bermakna 1 rumah itu layak terima 2 bantuan. (1 untuk bapa , 1 untuk anak yang dah kawin)
Borang HANYA akan dikeluarkan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri pada 10 Disember ini bersamaan hari Sabtu. Bagi yang tak sempat ke LHDN (aku pasti dan gerenti hari itu mestri LHDN dikerumuni semua manusia) korang yang layak boleh dapatkan borang yang akan disiarkan di semua akhbar utama di Malaysia dan boleh di download di website Kementerian Kewangan pada 12 Disember .
Bagi penjawat-penjawat awam, borang akan diedarkan di pejabat korang sebab di setiap pejabat akan ada seorang yang dilantik sebagai wakil. Lepas isi borang tu, korang hanya perlu serahkan borang tu pada wakil pejabat korang jer, tak perlu lagi ke LHDN.
Bagi mereka -mereka yang tinggal dikampung-kampung, borang akan di edarkan kepada JKKKP kampung korang, dan tugas mereka adalah untuk menyerahkan borang itu pada korang, korang isi dan serahkan pada JKKKP itu. Nanti JKKKP itu akan serahkan pada LHDN .
Borang adalah PERCUMA dan boleh di fotostate. Senang jer kan? Dan jika korang dikehendaki untuk membayar apa-apa, sila buat laporan polis sebab itu adalah penipu. DAN..jika korang dah terima atau diberi borang untuk tujuan itu sebelum dari entri aku ni atau lebih tepatnya sebelum dari 10 Disember..borang itu adalah borang palsu.
Borangnya amat ringaks, tak perlu pengesahan sesapa, perlu dilampirkan Salinan Kad Pengenalan Ketua Rumah dan Salinan Slipgaji jika ada. Jika tak ada, its ok..tak pe.
Hantarkan kembali kepada LHDN untuk pendaftaran dan tunggu sehingga pekerja LHDN pulangkan slip terimaan . Simpan slip itu ntuk tujuan rujukan.. Pendaftaran adalah bermula pada 10 Disember 2011 hingga 10 Januari 2012.
Selain dari LHDN, korang boleh hantar borang tu di pusat-pusat terimaan lain yang akan dibuka di sekolah-sekolah terpilih yang akan dimaklumkan kemudian.
Jika borang itu diserahkan melalui JKKKP, pastikan korang mintak slip terimaan tu dari diorang. Paham!
Lepas borang dihantar ke LHDN, diorang akan semak dan proses borang tu. Jika tak berjaya, kita akan dimaklumkan melaui SMS atau surat.. Jika berjaya, kita akan dipanggil ke LHDN untuk menerima Baucer yang bernilai RM500 pada 15 Januari 2012 dan baucer itu boleh ditunaikan di semua kaunter Bank Simpanan Nasional di seluruh Malaysia..Bila-bila nak cashkan pun boleh. Tak ada masalah.
Sebab apa diorang tak bagi tunai terus?? Sebabnya, bahaya . Ini untuk tujuan keselamatan.
Untuk keterangan lanjut mengenai pemberian bantuan ini, bolehla hubungi Talian Hotline ini 1-800-222-500.
Itu jer info yang dapat aku berikan pada korang. Semoga ianya bermanafaat pada semua.Adeus!!!
Selasa, 6 Disember 2011
BEN ASHAARI...ADA AKU KESAH???
Assalamualaikum..
Wakakakkaka...mengamuk ke tak Ben kalau dia baca statement aku nih.. Sumpah aku tak kenal saper dia...dan sumpah jugak dia pun tak kenal saper aku. Aku cuma tahu nama dia masa lately ni jer. Tu pun sebab aku ternampak peraduan apa ntah..ooo..rupa-rupanya dia adalah blogger paling tegar di Malaysia dan merupakan antara blog yang teramai followernya.
Credit to Mr.Ben..aku suka gambar ni walaupun aku agak pening bila tengok lama-lama sebab gambar ni ala-ala blur gitu..
Dia ada ramai follower. Ramai betulla hingga aku tak tercakap berapa jumlah nye sebab jumlah tu sentiasa berubah. Dan counter hits dia pun dah mencecah jutaan kali. Kenapa ye? Apakah tarikkan dia? Nak kata blog dia chantek aku tengok biasa jer (mampus aku kena saman karang!)..Adakah mungkin kerana kebolehan semulajadi dia sehingga berlakunya kekerapan dia berentri dalam 1 hari..
Aku juga tak pasti apa istimewanya insan ini. Sebabnya aku tak follow dia dan dia pun tak follow aku..Cuma aku nak ucap tahniahla sebab dia ada aura yang luar biasa untuk menarik follower tanpa menggunakan tangan ataupun besi magnet. Pun begitu, follower yang mengkomen entrinya tidaklah seramai yang memfollow..mungkin banyaknya menjadi silent reader atau tak tau nak komen apa.
Apapun, aku pasti yang blog buruk aku ni takkan boleh ada follower seramai follower dia. Memang tujuan asal blog ni aku nak citer pasal life aku..tapi ada ke orang nak tahu, dan bila aku masukkan entri pasal manik dan hasil kerjajari aku, entah ada ke orang nak tengok ,pada yang tak minat, ianya memang membosankan..bila aku masuk entri pasal bisnes topup, ramai ke yang nak jadi agen aku dan yang last sekali aku jual Jalapeno Cheese..boleh laku ke ..
Rasanya cukup takat seramai ini aje follower aku. Aku mungkin tak boleh jadi macam Ben Ashaari sebab aku yakin Ben Ashaari takkan membuang masa dia dengan memintal benang dan mengutip butiran manik untuk dijahit di malam hari..apa lagi menghabiskan masa yang tak berapa cukup untuk membungkus cheese powder.
Itu je cerita aku. Dan aku memang tak kesah pun kalau follower dia lagi ramai dari follower aku (yakni korang semua)..
uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa....
*nangis guling-guling bawah meja sambil tepuk dahi
Isnin, 5 Disember 2011
JIRAN YANG SENGAL
Assalamualaikum...
Hari ni aku nak citer mengenai 1 jiran aku yang sengal. Bukan aku nak mengata, tapi aku nak cerita dan tanya pendapat korang. Patut ke tak apa yang dia buat.
Aku ni merupakan orang pertama yang menghuni kawasan taman perumahan yang aku duduk sekarang. Orang lain belum pindah lagi. Aku yang 1st sekali pindah masuk tanpa 1 umat manusia pun. Dengan lampu jalan takde, lori sampah takde..semuanya serba tak ada. Aku masuk jugak rumah yang aku beli dengan titik peluh aku tu pada 4 Januari 2010...Lepas3 bulan aku duduk situ barulah satu demi satu jiran aku yang masuk pindah kerumah diorang.
Dalam banyak-banyak jiran aku, cuma ada 2 orang yang sengal. Yang 1st tu jiran depan rumah aku. Sengalnya sebab dia suka tiru apa yang aku buat. Memang aku perasan sangat-sangat. Aku dah setahun buat grill sliding ikut kesukaan aku..sebelum bulan puasa yang lepas dia pun buat jugak dengan patent dan kaler yang sama sebijik cam grill aku. Aku ambik think positive mungkin rasa grill aku tu cantik...padahal biasa aje.
Yang ke2, ni memang betol-betol terkantoi. Lepas siap je dapur aku di renovate..ada kisahnya Di SINI , dapur aku tu menggunakan cermin gelap. Dan pada 1 hari di kala simen masih berbau, si jiran aku tadi ni, kelihatan berdiri di dapur aku sambil mengintai-intai keadaan dapur aku. Yang aku bengangnya, dia datang bawak tukang. So..sahnya dia memang suka tiru aku. Macam ni punya manusia pun ada.
Kali ke3 dia buat perangai mengintai-intai ni masa bulan puasa tu jugak, dia nak pasang awning depan rumah dia. Dia boleh berdiri tercegat didepan rumah aku sambil menunjukkan itu dan ini pada tukang..nak kata dia tak tau aku ada dalam rumah tu tak patut sangat sebab kereta aku ada depan rumah. Kali ni dia hanya mampu tiru gutter (longkang air dibumbung) jer sebab awning aku jenis polikarbonat yang harganya hampir RM3500.
Yang aku nak citer sorang lagi ni (dia ni lah punca aku renovate dapur sampai rapat kelongkang)ialah yang hobi dan tabiatnya yang suka sidai kain baju dia kat pagar jiran..pun ada kisahnya dalam blog aku ni..kisahnya ada Di SINI. Pada mula tu aku tak tak sure jiran yang mana 1 punya kerja, tapi hati aku berat mengatakan jiran yang rumahnya sebelah jiran yang dapurnya bertentang dengan aku..
Jumaat lepas..aku dapat buktinya. Bila aku dah tambah rumah sampai ke pagar, so memang aku tak ada pagar lagi di belakang rumah. Cermin gelap dapur menjadi penyelamat yang dia tak nampak aku di dalam..nah ini gambarnya..sila tengok dan fikirkan...
Aku tak sempat tangkap gambar dia masa dia tengah menyidai kat pagar jiran sebelah dia..ini je yang aku dapat..
Tengah menyidai..
Sidai lagi selagi boleh..
Inilah hasil sidaian manusia bangang tu. Ni kira sikit lagi tau, yang kat pagar aku dulu, memang penuh dari kiri ke kanan pagar sampai melendur pagar aku dengan jeans sampai berhelai-helai
Kebetulan aku didapur masa dia tengah mengangkat kain baju dia..nah..kena lagi dia aku tangkap gambar!
.
Kutip..bermula dari penyidai dia..
Dengan selamba biawak dia angkat selimut dia di pagar jiran belakang umah aku
Selesai angkat kain..pulang dengan hati yang riang!
Aku tak faham kenapa ada manusia yang macam ni. Sumpah aku cakap, sebelum dia sidai baju dia kat pagar aku dulu, dia sikit pun tak pernah tegur aku, senyum pun tak pernah. Buat kenduri pun tak jemput. Bagus ke manusia ni? Khabarnya dia kerja nurse kat Hospital Sultanah Bahiyah. Nak kata orang ulu..orang ulu pun tak pernah buat perangai macam ni. Yang buat aku bengang, aku sendiri pun tak pernah sidai baju kat pagar. Sebelum basuh baju akan aku pastikan, muat ke tak dengan penyidai aku.
Kalau rumah dia betol-betol menghadap dapur aku, mungkin aku tak berapa kisah dia nak sidai, tapi dengan syarat, bagi salam dan minta izin..ini rumah dia disebelah sana..dia boleh lintas jalan dan menghala ke pagar rumah aku. Sedangkan jiran sebelah aku yang dapurnya menghadap ke dapur manusia bangang ni, langsung dia tak usik, tak sidai apa-apa..
So setelah korang tengok dengan mata kepala sendiri apa yang aku tunjuk ni, aku nak tanya apa pendirian dan pendapat korang...Fikir-fikirkan..Adeus!!!
Ahad, 4 Disember 2011
AHLI MESYURAT TINGKAP YANG KE-100
Assalamulaikum...
Selamat Hari Ahad semua ye...Korang yang di Penang hingga ke selatan sudah semestinya sedang bergolek-golek dikala in, maklumlah hari minggu. Tapi haku yang di Kedah ni, dah tercongok dalam opis..maklumlah hari ni hari kerja..
Hari ni aku nak kongsikan dengan korang semua mengenai Follower aku yang aku panggil dengan nama Ahli Mesyuarat Tingkap..yang ke 100. Tapi sebelum tu , kenapa aku namakan korang sebagai AMT (Ahli Mesyuarat Tingkap)??? Sebabnya kita hanya berbual di alam siber ini melalui tetingkap (Window) yang ada di skrin komputer dan komputer yang kita guna kebanyakkannya menggunakan Windows sebagai sistem pengoperasian di komputer korang. Dari situlah aku dapat nama untuk menggelarkan korang. Heheheh
Inilah AMT aku yang ke-100
Gambar kat atas tu adalah gambar AMT aku yang ke-100. Beliau adalah pemilik blog seriastana-norh.blogspot.com yang lebih mesra dikenali sebagai Norh. Terima kasih aku ucapkan pada beliau kerana sudi berkunjung balas ke blog aku yang tak seberapa ni.
Apalagi, pada korang yang nak tambah kawan blogger korang tu, silalah follow beliau ye. Aku berhenti kat sini dulu dah patut aku start kerja sekarang. Adeus!!!..
Langgan:
Catatan (Atom)