Khamis, 7 Januari 2021

MY BARIATRIC LIFE: #8 HARI KE-80

 Assalamualaikum

Selamat Tahun Baru 2021. Mulakan dengan azam baru. Dan aku meneruskan azam tahun-tahun lalu..nak turunkan berat seberapa banyak yang boleh.

Seperti biasa,setiap 10 hari aku akan timbang berat aku pagi-pagi. 

Alhamdulillah..sudah turun 17kg dalam masa 80 hari. Purata penurunan 0.21g sehari.


18.10.2020 ➡️ 122.4kg
29.10.2020 ➡️ 114.9kg
08.11.2020 ➡️ 110.9kg
18.11.2020 ➡️ 112.7kg
28.11.2020 ➡️ 112.3kg
08.12.2020 ➡️ 109.9kg
18.12.2020 ➡️ 108.2kg
28.12.2020 ➡️ 107.0kg
07.01.2021 ➡️ 105.4kg

Rasa lebih bersemangat sekarang bila baju-baju lama aku dah boleh dipakai semula. Solat pun makin mudah. Nak duduk tahiyat pun dah tak sakit lagi.

Paling sukar sekarang adalah..apa aku nak makan. Serius aku dah jemu ikan atau ayam yang dikukus,rebus,grill.. aduhai..naik muak sangat. Kadang-kadang aku belasah jugak ayam atau ikan goreng. Sebab nak makan protein.

Aku masih mencari menu yang sesuai. Tak mudah kalau tekak dah rasa jemu. 

Doakan aku terus istikhomah


2 ulasan:

  1. Mmg tak makan carb eh sis?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh..tapi kena dahulukan protein..kalau masuk karbo dulu..space utk protein dah xde..sbb perut dah kecik

      Padam

HATERS ARE NOT WELCOMED!!!

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...