Isnin, 9 Februari 2015

RENDANG AYAM KAMPUNG CINCAI

Assalamualaikum

Saja nak kongsi resepi Rendang Ayam Kampung versi cincai (kalau dah nama Penbiru..inilah cara aku..simple dan malas)

Bahan-bahan
Ayam kampung sekor(ayam bandar pun boleh)
Serai,Lengkuas,kunyit hidup (blend- ukuran ikut suka korang..aku main campak baling je. Kalau tak ada kunyit hidup,serbuk kunyit pun boleh..no problem)
Cabai melaka(cili padi) & cili kering..ikut tahap pedas korang tahan..
Kerisik
Santan
Daun kunyit
Daun limau purut
Kulit kayu manis
Bunga lawang
Asam keping 1 je

Cara-cara;
Campak semua bahan yang di blend dalam kuali bersama ayam..biar ayam masak dan sampai agak kering..baru taruk santan , kerisik dan daun-daun yang ada..
Garamkan secukup rasa. Kalau tak konfiden sedap,humban seketul kiub pati ayam..settle!
Kalau santan tu kurang lemak dan rendang nampk kurang berminyak..curah je minyak masak 3ke4 camca..

Siap!..

Dah..tengok lagi? Tak payah tunggu raya kalu nak merendang..dan rendang ni aku buat untuk suami terchenta aku yang demam..kasi pecah peluh sikit..ok..bai!

Adeus!!!

1 ulasan:

HATERS ARE NOT WELCOMED!!!

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...