Ahad, 15 Februari 2015

RESEPI KURMA AYAM CARA AKU

Assalamualaikum..

Mood nak bercerita tak ada.. percutian ke Bangkok tahun lepas masih jadi draf..malas sangat nak menulis..

Hari ni aku cuma nak kongsi resepi mudah untuk Kurma Ayam cara aku.. aku suka Masak Kurma ni..orang Kedah sebut Masak Putih. Tapi selera akan putus kalau kuah cair..so resepi aku ni memang kuahnya pekat likat .
Resepi ni untuk setengah ekor ayam..ok
Bahan-bahan;
Setengah ekor ayam
Bahan blend : 2batang serai, halia 2inci, 1camca lada hitam,1 labu bawang besar dan 6ulas bawang putih
Santan setangah kotak(guna susu cair pun ok..lagi sedap)
Kentang 2 biji kalau saiz besar.Kalau nak lebih..lebihkanlah..
1 pek serbuk Kurma
Kulit kayu manis,buah pelaga dan bunga lawang
1labu bawang besar belah 8
3-4 cili merah, belah 3 dihujung

Cara masak
1. Tumis semua bahan blend, kulit kayu manis,bunga lawang,buah pegaga dan rempah Kurma sampai pecah minyak
2. Masukkam ayam..kacau bagi kering sikit lepas tu masukkan kentang
3. Tambah sikit air dan santan..garamkan secukup rasa. Yang tak yakin sedap tu..taruk kiub ayam seketol..ke serbuk cukup rasa..jangan ajinomoto dah la..botak kepala kang..
4. Agak kentang dah lembut, baru masukkan cili merah dan bawang belah 8.. dan terus matikan api..SIAP!


dah..apa lagi..cer try..kalau sedap bagitau aku..kalau tak sedap kompom korang tak pandai masak.hahaha

Ok..itu je.. Adeuss!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

KOMEN YANG MURNI2 AJE ...

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...