Khamis, 29 Januari 2015

FENOMENA BUSKERS

Assalamualaikum..

Sejak persembahan kumpulan pemuzik jalanan Caliph Buskers di AJL yang lalu, kini ada lagi kumpulan buskers lain yang turut terkena tempias , aura Caliph Buskers.. antaranya Genji Buskers..

Genji Buskers sudah lebih 4tahun menjadi pemuzik jalanan..tapi mula menjadi perhatian ramai dan lebih ramai apabila negarawan ulung Tun Dr.Mahathir Mohamad sendiri menghulurkan duit kepada kumpulan tersebut ketika membuat persembahan..



Sememangnya, kumpulan pemuzik jalanan ni boleh dipuji..hidup mereka mencari nafkah dengan menyanyi dan menghiburkan orang semata-mata.. tiada istilah nak jadi terkenal dan glamor seperti artis sekarang..hidup berlandaskan glamor tapi bakat suam-suam kuku.

Pemuzik jalanan memang dah lama wujud di Malaysia. Tapi kurang mendapat perhatian kerana dianggap seperti peminta sedekah. Walhal..mereka sedang bekerja..kerja mereka menghiburkan orang ramai dan gaji mereka dibayar oleh orang yang terhibur dengan persembahan mereka.

Apapun..didoakan semoga mereka lebih berjaya..suara mereka lebih bagus dari penyanyi di layar di tv .. 

Kepada Genji Buskers..semoga kalian lebih berjaya di masa akan datang..insya Allah jika keihklasan yang dilakukan..maka Allah permudahkan kerjaya kalian..tahniah kerana berjaya menambat hati Tun! 

4 ulasan:

  1. Suka dengan Tun Mahathir... tak kira siapa .. layanan tetap sama..

    BalasPadam
  2. di Malaysia ni macam nilah selalu ikut 'trending'.kak ana sokong aktiviti anak muda yang kreatif dgn pelbagai cara mendapatkan rezeki sampingan sebegini.. :)

    BalasPadam

HATERS ARE NOT WELCOMED!!!

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...