Ahad, 25 Januari 2015

TERRA GRILL DELIVERY - SATAY MANAF LANGKAWI

Assalamualaikum..

Sejak merantau di Langkawi ni.. aku dah makin malas nak masak.. maka bertambahlah rezab simpanan lemak tepu aku... abaikan!

Ni aku nak promote (aku tak dapat upah pun untuk iklan ni,ikhlas nak rekomen sebab barang baik punya).. kepada korang yang sampai Langkawi mesti cuba Satay Manaf . Memang sedap . Diorang berniaga di pasar malam Kuah depan Hotel Baron setiap Rabu dan Sabtu. Dan yang paling best, ada pulak servis penghantaran kerumah.. Free untuk kawasan Kuah!

Untuk penghantaran, dikenali dengan nama Terra Grill. Harga secucuk 60sen untuk ayam,daging,perut dan pedal.. kalau sate embekkk (kambing) 80sen secucuk.


Bagi aku..harganya berbaloi..yang penting , rasanya cukup sedap (ikut tekak aku memang sedapla). Sotonya simple tapi cukup rasa. Berbaloi.. dan yang paling penting..sampai di pintu dalam 45minit (makin bertambahla lemak pemalas aku)..

Apapun, aku support bisnes orang Melayu yang macamni. Harga berpatutan , dan puas hati.
Ni yang aku oder..
Sate memang superb..kuah kacang memang boleh hirup..soto ni..kena makan 2 orang..portion dia banyak..memang puas makan .

So..kepada yang datang bercuti ke Langkawi dan menginap di homestay sekitar Kuah..aku rekomenkan sate ni kat korang.. ok..aku nak makan..jemput tengok..

Adeuss!!!


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

KOMEN YANG MURNI2 AJE ...

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...