Rabu, 25 Jun 2014

MEMORI MANIS UNTUK SUAMIKU

Assalamualaikum..

Aku jarang sekali bercerita dan berentri bab peribadi. Bukan apa..nanti akan di salahtafsir..paling tak best bila jadi bahan skodengan orang yang tak ada kerja dan dengki dengan aku..

Tapi ini kisah lama..tak lah lama sangat..tapi boleh tahan la lama tu..

Al-kisahnya..

25 April lepas... Hari Lahir suamiku yang tercinta.. seharian aku buat bodoh je..buat tak tahu apa-apa. Hari tu juga aku ke bank temankan dia buka akaun Maybank untuk syarikat kami.. disebut-sebutnya tarikh tu berulang kali..aku buat pekak aje..

Bila aje dia sebut..aku buat-buat sibuk tengah mesej..aku mesej BFF aku si Iera..aku cerita gelagat busuk aku tu.. Nampak muka frust la kan..bini buat bodoh je...

Seharian berlalu tanpa sepatah perkataan ucapan untuk dia...Beberapa bulan sebelum tu..aku kebetulan terjumpa sahabat lama aku masa sekolah dari Darjah 1 hingga 6. Bayangkan aku dah lama tak jumpa dia..kali terakhir jumpa masa aku Form 1..lepas tu terus hilang hinggalah hari itu.. Sahabat aku ni lelaki.. Azril namanya.. zaman kecik aku memang tak kawan dengan budak pompuan sebab aku suka panjat pokok dengan Azril dan 3-4 orang budak lelaki lain..

Panjang lebar kami bersembang di FB..baru aku tahu si Azril dah jadi chef di Hotel New Regent Alor Setar..lalu aku kata yang aku teringin nak makan masakan dia..dia pun teringin nak jumpa aku dan suami aku..maklumlah hampir 21 tahun tak jumpa..Dalam bersembang tu , aku cerita kat dia 25 April ni birthday suami aku..dia ajak aku datang makan kat hotel tu..dan dia bagi idea ..dengan suka rela dia nak keluar nyanyi untuk suami aku..

Pada petang 25 April..lepas balik dari bank...aku bagitau suami..ajak jumpa dengan kawan aku tu..dia ok je..Padahal kami dah plan baik punye..

Aku sampai di Hotel New Regent dalam pukul 8.30..aku masuk tengok dah ada meja reserve untuk aku. Aku pun mesej Azril..cakap aku dah sampai..suami aku memang tak tau apa-apa..buat muka payau je sebab sedih bini tak wish pun birthday dia..hehehe

Tak sampai 5 minit..jengjengjeng...

Keluarlah si Azril dengan budak-budak dia..dalam 6-7 orang..sambil nyanyi lagu birthday..tu gamba siku tu..gambar siku birthday man la tu..tak bagi aku masukkan muka dia..

Yang best tu..guest lain yang tengah makan pun boleh join menyanyi sekali..tersipu-sipu  malu suami aku..huhuhuhu..lepas letak kek..aku pun perkenalkan Azril dengan suami aku..lepastu Azril balik ke dapur untuk siapkan makan..

Kek ni sedap gila..Azril yang sponser...thanks buddy!

Tunggu punya tunggu sambil makan kek yang sedap gile tu..makanan pun sampai..air tangan Azril semuanya..

Tengok kau..penuh meja! 

Memang sedap...inilah memori termanis hadiah dari aku untuk suami tercinta..Sebelum ini aku tak berkesempatan untuk buat semua ini..tapi syukur bila Allah bagi peluang untuk aku menggembirakan hati suami yang sangat penyayang ini..Alhamdulillah.. dan malam itu juga malam yang cukup bersejarah bila kali pertama setelah 21 tahun akhirnya aku berjumpa kembali dengan sahabat lama yang sebelum ini hanya bersembang di FB..

Katanya.. " aku happy tengok kawan-kawan aku bahagia "..
siapa cakap lelaki dan perempuan tak boleh jadi kawan baik...aku ada kawan baik..sebaik Azril dan 3-4 orang lagi yang sama-sama membesar , panjat pokok dan terjun parit masa kecik dulu..bezanya..kami tak boleh bertepuk tampar macam budak-budak lagi.

Selamat Hari Lahir untuk suami ku tercinta..terima kasih kerana memahami isterimu ini..sudi berkawan dengan kawan-kawan ku..

Terima kasih Azril..kerana menggembirakan aku dan suami aku pada malam itu..

Aku rasa sangat bahagia atas kurnia Allah ini..



1 ulasan:

  1. assalamualaikum pen biru...lama x jengah ke sini....hepi belated besday buat hubby yer....tarikh tu sama dgn besday anak mama yg sulung...:)

    BalasPadam

KOMEN YANG MURNI2 AJE ...

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...