Isnin, 30 Jun 2014

SOALAN YANG TAK PATUT DI TANYA DI BULAN RAMADHAN

Assalamualaikum..

Selamat berpuasa kepada semua..

Entri aku pendek aje..tapi mungkin (dan memang ya,.) menampar golongan yang nampak terpelajar tapi bodoh sangat-sangat.

Tengahari tadi aku ada menonton Buletin 1.30 di TV3.. dan aku tak sangka berita seperti ini keluar untuk tatapan umum


Malah berita ini urut di ulang ketika Buletin Utama 8malam..Kenapa aku marah sangat???

Budak-budak dalam gambar tu tiada kena mengena dengan aku..tapi jatuh air mata aku bila aku tengok mereka menjawab soalan bangang dari wartawan yang macam tak ada modal nak buat berita.. Untuk pengetahuan, 5 beradik ini kehilangan ibubapa baru-baru ini akibat kemalangan jalanraya, digilis lori pasir.

Dari jawapan mereka...aku dapat mengagak apa soalan yang diajukan..(mungkin atau memang iya)..

Apa perasaan mereka? Apa persediaan mereka menghadapi Ramadhan?  Apa beza Ramadhan sekarang dengan semasa ibu bapa masih ada? Apa makanan yang biasa ibu masak dulu masa Ramadhan?

Pada aku itu soalan paling bahalol untuk ditanya..maka berjuraian airmata mereka sambil menjawab soalan. Dimanakah kemanusiaan wartawan ini? Sudah tiadakah modal untuk bahan berita?

Kalau nak tolong..tolong sajalah. Kalau nak kutip derma..kutip sajalah. Tak perlu tanya soalan yang menyedihkan orang yang sedang bersedih..

Sama juga macam berita orang terima BR1M...bila si wartawan bertanya pada seorang makcik yang baru menerima pemberian Kerajaan itu.

"Apa perasaan makcik setelah menerima BR1M ni?

Dan begitulah juga bila ada berita kematian lalu si wartawan berkelulusan ijazah tapi cerdik tahap tadika akan mengajukan soalan kepada waris atau anak-anak simati.. 

" Apa perasaan cik sekarang? "
"Apa perasaan adik selepas menerima berita kematian ini?"

Dan jika aku ditempat orang yang ditanya..maka ini jawapan aku..
"Perasaan saya sekarang, soalan awak terlalu bodoh untuk dijawab!"

Sekian.. Adeus!!!


Nuffnangs Alexa SEO needed

2 ulasan:

  1. penuh emosi ni..tp memang ada logiknya apa yang PB cakap ni..soalan yang tak patut ditanya

    BalasPadam
  2. Mmg bodoh..kalau ada waris yg berusia sikit kat elok tegur je wartawan jenis ni

    BalasPadam

KOMEN YANG MURNI2 AJE ...

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...