Selasa, 10 Jun 2014

TIPS MENINGKATKAN PENDAPATAN BLOG ANDA -NUFFNANGS!

Assalamualaikum

Aku menerima email dari Nuffangs, katanya Tips Meningkatkan Pendapatan Blog Anda. Sebenarnya tips ni dah bertahun aku buat..pendapatan tu bolehlah sikit..lepasla untuk bayar domain dot com aku ni .Aku yakin korang yang ada iklan Nufnangs pun dah terima email ni.






1. Cara-cara untuk meningkatkan trafik blog anda. Kami mencadangkan minimum 20 views setiap hari. Anda boleh mensasarkan untuk mencapai 100 views setiap hari jika trafik blog anda melebihi 20 views setiap hari. 
Komen : Viewer aku melebihi 1200 sehari . Tu dah kira lebih sasaran Nuffnangs kan?

2. Pilih susun atur blog yang memberikan ruang untuk unit iklan! Nuffnang mempunyai 3 jenis unit iklan yang anda boleh letak di blog anda iaitu leaderboard, skyscraper, dan large rectangular. Kebanyakan pengiklan akan memilih unit iklan leaderboard dan skyscraper, oleh itu kami mencadangkan supaya anda memastikan blog anda mempunyai ruang untuk unit tersebut. Untuk maklumat lanjut berkaitan dengan saiz and penempatan unit iklan, sila log masuk ke Nuffnang dan klik 
Komen : Dalam blog aku ni ada kesemua iklan tu..lokasi strategik lagi aku letak..kan?

3. Pastikan Nuffnang mengetahui apa jenis blog anda! Pada masa anda berdaftar dengan Nuffnang, anda dikehendaki melengkapkan kajian untuk memilih kategori blog anda. Dengan ini, ia membolehkan kami untuk mencari blog yang sesuai untuk kempen iklan yang berkenaan.
Komen : Dah bagitau Nuffnang pun..kalau tak bagitau pun orang boleh agak apa jenis blog aku ni..blog macam-macam ada..kan?

4. Memahami pembaca blog anda. Dengan memahami pilihan pembaca blog anda, anda boleh mengetahui bagaimanakah pembaca anda akan bertindak terhadap iklan dan jenama yang ada pada unit iklan blog anda. Iklan Nuffnang adalah disasar kepada kategori atau golongan yang berkenaan. Justeru itu, pilih kategori yang sesuai untuk blog anda, bukan sahaja akan membolehkan kami untuk memperuntukkan iklan yang sesuai kepada blog anda, malahan dapat menambah pendapatan blog anda. 
Komen : Owh..kategori ye..kategori aku ni macam-macam yang rasanya boleh "masuk" mana-mana kategori orang, dari yang mencari tips nak jalan-jalan negara orang hinggalah ke resepi simple..rasanya iklan apa pun boleh aje..kan?

5. Pengiklanan banner Nuffnang. Nuffnang akan memapar iklan di unit iklan yang ada pada blog yang telah berdaftar dengan Nuffnang. Unit-unit iklan tersebut membolehkan kami mengukur trafik blog anda, dan pada masa yang sama dapat mengiklankan di blog anda. Dengan cara ini, anda akan mendapat pendapatan. Walaupun anda hanya dikehendaki meletak salah satu unit iklan di blog anda, tetapi lebih banyak unit iklan yang anda letak, semakin tinggi peluang blog anda akan dipilih untuk kempen iklan yang berkenaan.
Komen : Ye ke kena letak banyak unit iklan maka pendapatan aku lebih..paling banyak unit iklan pun..3 aje kan?

Maka ini pendapatan aku sejak ber Nuffnangs mulai 10 April 2011..dengan viewer terkumpul lebih 1juta..
secoet je kan?
kesian kan?
sedih kan?

*tido terlentang, mata tengok siling, belakang tangan atas dahi!

Adeus!!!

6 ulasan:

  1. banyak la tu kak..saya punya lagi sadis..hehehehehhehe

    BalasPadam
  2. banyak la tu kak..saya nye blog lagi sendu...tgk nuffnang nye,lagi sadis..hehehehhehehehehe

    BalasPadam
  3. Saya pun xbyk jgk..huuhu..happy blogging..suka berblog sbb blh tempek kenangan..side income tu bonus penguat smgt giteww kan

    BalasPadam
  4. byk nye ! anis baru brape hengget je sob sob :(

    BalasPadam
  5. saya lagi baru berjinak2.
    bagus juga tips dan komen yang diberi..

    BalasPadam

KOMEN YANG MURNI2 AJE ...

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...