Ahad, 5 Mei 2019

XIAOMI ROBOROCK : HOW TO START CLEANING

Assalamualaikum

Tajuk aku memang aku guna english.. sebab dalam carian google bila aku taip dalam BM, susah sangat nak jumpa. Asyik mat saleh je mengenakan aku.. buka-buka isi entri semua BI. Jenuh aku nak faham. Kali ni bagi dia pulak terkena.. tajuk BI..entri BM..hahah..padan muka dia.

Ok berbalik kepada cara nak menggunakan Roborock. Selepas selesai semua step darilah sambungan Roborock kepada router wifi, kemudian sambungan handphone kepada Roborock melalui Apps Mi Home, kemudian setting asas di pemuka Apps Mi Home,harini kita ke tajuk cara dan menu bagi menggunakan Apps Mi Home untuk Roborock.

Di peringkat ni, kalau tak ada wifi, tak tau Apps Mi Home, dan tak reti nak kisah-kisah hal yang mcam ni, Roborock boleh aje terus guna dengan menekan button Start pada Roborock. Kelebihan menggunakan Apps adalah bila , kita ditempat kerja atau dimana-mana pun, dan Roborock berada pada dock charger yang suisnya di on kan, beserta wifi yang berfungsi, maka kita boleh mengarahkan Roborock bekerja. Sangat sesuai untuk wanita yang berkerja.

Ini step untuk kali pertama menggunakan Roborock.

1. Di Apps Mi Home ,tap : Roborock


2. Di paparan ini,tap 3 dot penjuru kanan atas (Setting)


3. Di paparan Setting , tap : Cleanup mode



4. Tap mana-mana mode yang diingin. Untuk mop sahaja, tap Mop sehingga tulisan bertukar warna.
Pilihan vacum dibawahnya adalah mengikut kekuatan daya sedutan vacum. harus diketahui, semakin kuat daya sedutan, bunyinya juga makin kuat.
Selesai pilihan mode, back semula ke paparan Setting dan ke paparan map 


5. Pada paparan map, boleh terus tap Clean, TETAPI, lebih baik set dahulu kawasan dan jumlah kekerapan vacum atau mop. Untuk itu tap : Zoned cleanup


6. Kita boleh pilih kawasan mana yang hendak divacum/mop dengan tap pada petak segiempat (bertanda bulat merah). Kalau tak nak tetapkan kawasan, boleh tetapkan berapa kali vacum/mop dengan tap bulatan "1x times" (bertanda bulat kuning). Jika tidak, vacum/mop hanya kan dilakukan sekali sahaja.
Kemudian tap : Cleanup

7. Paparan akan kembali seperti di atas dan tap : Clean
Selesai.

Maka, sibibik Roborock aku ni pun, memulakan tugas dengan sangat baik..baik betul dia, tak cakap banyak pun..melainkan masa nak mula kerja dia cakap "Start Cleaning".. lepas tu bila dah selesai, dia bagitau " Back to the dock".. itu je. Pada aku, Roborock ini sangat berbaloi untuk dimiliki. Aku kat ofis, balik aje, lantai dah siap bersapu dan mop sekali..heheh..

Esok aku akan bagi info sikit mengenai cara penyelenggaraan Roborock ni.

Adeusss!!!




Sabtu, 4 Mei 2019

XIAOMI ROBOROCK : SETTING APPS

Assalamualaikum

Sambung pasal setting Roborock selagi tak habis. Perkara pertama aku buat bila setting Roborock ke wifi dah selesai..adalah setting apps ke Roborock..

Aku tukar dulu nama dia..

1. Masuk ke Apps Mi Home dan tap : Roborock

2. Tap 3dot di penjuru atas kanan


3. Tap : General Setting


4. Tap : Rename
dan namakan Roborock aku sebagai BIBIK.. kalau korang tak nak tukar pun boleh.Tak ada masalah

Dan sekarang, aku nak tunjuk cara tukar bahasa Voice pada Roborock.

1. Tap 3dot di penjuru atas kanan atau jika sudah berada di menu Setting seperti dibawah, terus tap : Voice Pack



2. Tap : Voice Pack

Tap : Use pada English
Siap!

Siap setting Voice Pack barulah senang rasa hati..maka si Roborock cakap pun kita dah faham. Barulah boleh suruh dia buat kerja. Bila dah selesai dengan setting Roborock dengan apps Mi Home, maka bermulah episod cara-cara nak suruh Roborock buat kerja. Sebelum buat kerja kena letak dulu dock charger ditempat yang betul. Esok aku akan cerita cara nak letak dock sehingga lah penggunaan Roborock. Entri nya esok ya.

Ok..Adeusss!!!

Jumaat, 3 Mei 2019

XIAOMI ROBOROCK : DEVICE WIFI SETTING WITH APPS

Assalamualaikum

Sambung lagi..

Selepas dah siap install apps Mi Home.. aku akan ajar cara untuk sambungkan wifi ke Roborock. Untuk makluman..Roborock ni mula-mula kau on..dia cakap cina dengan kau.. lantak dialah..aku pun main agak-agak apa dia cakap. Yang aku paham pun, dia sebut WIFI. Nak harap buku manual..lagi tak berguna..tak boleh harap langsung.

Ok..ini cara-cara nak set wifi Roborock. Pastikan korang duduk dekat dengan modem/router wifi dan handphone juga di connect kan menggunakan wifi yang sama.
1. Buka penutup atas vacum dan tengok lampu wifi(lampu warna biru) 
***untuk reset wifi untuk kali ke-2 dan seterusnya, gunakan pin dan tekan lubang reset disebelah lampu wifi hingga robot berbunyi***

2. Tekan 2 butang tu serentak dalam 3 saat. Untuk kali pertama memang akan keluar bahasa cina..pastikan dengar dia sebut wifi..dan lampu wifi warna biru berkelip

3. Tap button : ➕ 

4. Bila keluar skrin ni..tap : Devices nearby


5. Tunggu apps scan device sampai apps detect Roborock.. dan tap gambar Roborock

6. Skrin  Select Router akan dipapar dan dibawahnya ada maklumat modem wifi korang.. 
tap pada : Tap to enter password
Dan masukkan password wifi masing-masing. Skrin contoh tak dapat aku tunjuk sebab masa nak masuk password aku cuba screenshot tapi tak boleh.
Kemudian, tap NEXT




7. Tunggu hingga melepasi 2 skrin ini..mesej biasa yang akan dipapar adalah:
"Bring your phone closer to device"
"Bring device closer to router"



8. Bila skrin ni dipapar, tap : Let's get started

9. Skroll kekiri 3 skrin yang dipapar hingga ke skrin di atas dan tap : Start

Ok..selesai setting antara Roborock dan modem/router Wifi. Perkara pertama aku buat sebelum guna Roborock adalah aku set kan bahasa dulu.. ajee gile aku nak paham cakap cina.. 

Esoklah aku sambung. Harini belajar setting yang ini dulu. Kalau ada yang tak faham, boleh drop soalan dikomen. Insya Allah aku cuna jawab. Mungkin ada step yang aku tertinggal..maklumlah, aku pun main godek-godek sendiri..mana yang terlepas skrin untuk screenshot tu..nasiblah..ok..

Sambung esok..

Adeusss!!!





Khamis, 2 Mei 2019

XIOAMI ROBOROCK : 1ST TIME SETTING - APPS MI HOME

Assalamualaikum

Permulaan aku tergagap jugak nak setting. Apa taknya, buku manual yang diberi semua tulisan cina..1 perkataan je tulisan roman.. WIFI ! Eh..bengang pulak aku..jual barang international market, tapi dia tulis bahasa dia aje..terpaksa aku tengok youtube dulu sebelum guna..youtube pun takde BM semua BI dan bahasa lain.

Step untuk setting:



1. Cari Mi Home di Apps Store dan Install

2. Dapat mesej ni dan tap: Agree and Continue

3. Keluar skrin ni, pilih : Singapore(recomended)
Kenapa Singapore? Bila aku pilih Malaysia..app jadi macam bangang sikit, aku nak connect dengan device pun lambat. Apapun korang bolehlah cuba dulu.

4. Keluar mesej ni : Allow Mi Home to acsess photos,media and files on your phone
Tap : Allow

5. Tap : Sign in

6. Sign in .. boleh guna email,nombor telefon atau direct sign in guna akaun Fb ..aku nak mudah kerja..aku guna  je akaun Fb..benda boleh senang buatpa nak susah..

7. Keluar skrin ni.. Tap Continue as

8. Dapat skrin ni, set nama negara yang sebenar, dan Tap : Cipta Akaun Mi Baru
(Masa aku nak menaip ni baru aku perasan yang skrin ni dalam BM..kalau dia keluar BI..korang follow aje ye)

9. Ok..siap. Di skrin ni korang boleh update profile lah. 

Ok..untuk setting device dan macam mana nak set Roborock dengan apps ni akan aku ceritakan di entri akan datang. 

Adeusss!!!


Rabu, 1 Mei 2019

XIAOMI ROBOROCK

Assalamualaikum

Selamat Hari Pekerja.

Disebabkan hari ni hari pekerja, aku nak kongsikan dengan korang mengenai 1 bibik yang aku gajikan untuk bekerja dengan aku.

Dah lama aku survey, sana sini, bandingkan harga dan fungsi, tengok youtube cara nak guna dan macam-macam lagi. Kata orang, alah membeli menang memakai.

Aku beli XIAOMI ROBOROCK S52. Sebenarnya Roborock ni adalah generasi ke2 vacum keluaran Xiaomi. Generasi pertama hanya boleh vacum sahaja, tapi generasi ke2 ni boleh vacum dan mop. Perbezaan harga agak ketara. Tapi pada aku sangat berbaloi. Aku cuba google search info Roborock ni tapi tak banyak review mengenainya dalam bahasa melayu.

Dalam keluarga Roborock ada perbezaan model iaitu S50(putih), S51(rose gold) S52(biru) dan S55(hitam penuh). Kelakarnya, hanya dek kerana perbezaan warna(itupun pada line keliling vacum) harga juga  jauh berbeza. 

Seller bukan main lagi naikkan harga sesuka hati. Geram pun ada. Yang mahal S50,S51 dqn S55. Ntah apalah penting sangat warna samapi seller main harga. Nak tak nak, aku ambik S52 yang berwarna biru. Apa nak kisah..fungsi sama juga, warna tak jejas apa-apa. Beza harga menjangkau RM50 dan keatas.

Setelah lebih seminggu aku survey harga, antara Shopee dan Lazada, aku memilih untuk membeli di Lazada memandangkan seller shopee agak perangai yahudi..kalau nak harga murah, shipping ambik masa 21 hingga 30 hari. Kalau yang ready stock..yaa..harga yahudi.

Dalam box ada:
1 set vacum(termasuk berus,filter dan mop)
1 unit dock charger
1 filter (gantian)
1 mop (gantian)
Kabel
Manual Pengguna
+ plug (gift dari seller)

Xiaomi Roborock S52

Dengan Lazada, aku jumpa 1 seller yang menjanjikan shipping dalam masa 7 hari dengan harga paling murah antara semua seller. RM1,395 termasuk postage. Ngam-ngam 7hari, NinjaVan hantar. 

Maaf aku tak dapat berikan detail seller sebab seller tak ada share pun dengan aku untuk aku promote barang dari kedai dia. 

Bukanlah aku kedekut..tapi law nya macam tulah kan..takkan aku nak promote free aje kat dia. Korang boleh survey sendiri dan kalau jumpa harga bawah dari RM1,395 termasuk postage dan tempoh shipping bawah dari 7 hari, bolehlah beli. Itu dah kira murah lah tu.. aku beli yang ini sebab aku tak jumpa dah yang lebih murah dari ni.

Ada yang kata ..ehhh mahalnya.. hello..handphone untuk kau melawa bergaya harga 2k lebih boleh kau beli..inikan benda yang nak tolong kau buat kerja rumah..itu pun kau nak berkira..kalau dah rasa mahal..kau sapu moplah sendiri..ok..

Review cara nak guna aku akan update kemudia di entri akan datang.

Adeuss!!!


Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...