Isnin, 24 Februari 2020

MY BARIATRIC JOURNEY : #21 TEST LAGI

Assalamualaikum

Semalam petang dalam pukul 2 aku ke HSB untuk hantar surat rujukan untuk sambung CPAP dan untuk buat test lagi.

Sampai di HSB, aku ke Klinik Sub Pakar di tingkat 1 dan tunjukkan borang yang HRPB bagi. Ok, untuk darah boleh je buat kat sana, tarikhnya 31.03.2020 sebab katanya kejab aje result keluar. 1hb4 boleh datang ambil result.

Kemudian aku tanya untuk XRAY, katanya yang tu aku kena terus ke Jabatan Pengimejan Dan Diagnostik. Oklah.. aku selesaikan di Klinik OSA untuk serahkan surat dari HRPB. Nurse yang incharge tu namanya Syirin..dia pulak cuti.. so nurse sorang lagi kata akan call aku nanti.

Selesai di Klinik OSA, aku turun ke tempat Xray. Bila aku tunjukan borang tu, katanya kalau untuk HKL atau Penang, diorang boleh buat sebab diorang pakai sistem, imej save atas CD.. HRPB masih lagi manual, guna film. Makanya diorang cadangkan aku ke HAS..hospital lama. Sebab kat sana masih guna film.

Aku pun call lah kawan aku..nak tanya. Esok dia katanya dia akan check..kalau boleh..aku akan ke HAS untuk buat Chest XRAY tu. 

Ikutkan..Matron Noraini HRPB kata boleh je kalau nak buat kat HRPB, tapi aku kena datang awal lah.. aku bab awal tu lah masalah..4jam juga dari rumah nak kesana. Baik je aku ready siap-siap kat sini. 02hb4 nanti..dah mudah kerja aku.

Sebenarnya..semalamkan.. aku try dm IG Dato Gee ..aku ceritakan semualah kes aku ni..aku minta tolong dia..bagusnya dia..dia reply dan kata, oklah tarikh akan dibincangkan 26hb3 nanti. 


Nekad! Mana yang offer awal..situlah yang aku pergi. Sebab HRPB, belum selesai part Anaest, sedangkan di HKL, dah selesai pun. Dan kalau HKL pun nak juga blood test yang 2 tu( FBC dan LFT)  dan Chest XRAY, aku sebat ajelah yang aku nak buat nanti kat HSB tu nanti. Haaa..settle masalah.

Aku kesuntukan masa..pilihan apa lagi yang aku ada? Terpa saja mana yang cepat. Ok itu sajalah cerita 2 hari ni. 

1 ulasan:

  1. Salam bole tak ceritakan pengalaman selepas bariatric surgery

    BalasPadam

HATERS ARE NOT WELCOMED!!!

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...