Ahad, 23 Februari 2020

MY BARIATRIC JOURNEY : #20 TCA KE-3 IPOH

Assalamualaikum.

20.02.2020.. cantik tarikhnya tapi tak secantik perjalanan hari itu sampai aku tak ada mood nak menulis. Ini kisah TCA ke-3 di Ipoh.

Sehari sebelumnya aku ke HSB untuk pulangkan mesin CPAP. 


Bertolak dari rumah jam 7pagi. 5kali tawaf kawasan hospital untuk cari parkir.. susah Ya Robbi. Akhirnya  pukul 11 baru dapat..mujur ada kosong kat kawasan masjid.

Kali ni, aku terus ke tingkat 2 untuk pendaftaran.. taknak dah tunggu pukul 2 baru nak daftar. Elok je pukul 2 aku terus masuk klinik dengan kad yang sudah siap daftar. 

Aku dah plan..kalau harini masih belum jumpa doktor pakar..aku memang nak undur diri. Tak sanggup dah rasa. Ulang alik jumpa doktor biasa..jumpa dietitian.. psikiatri. bila nak bincang pasal operatenya sedangkan masa dan usia aku berjalan. Masuk bulan 2 ni, dah cukup tempoh 6bulan...terbuang sia-sia.

Aku dah agak..kali ni mesti kena jumpa psikiatri lagi. Doktor psikiatri tu pun dah cam aku..yelah..last datang bulan 12 haritu pun aku jumpa dia sebelum balik. Soalan yang sama juga ditanya.

Aku redah kali ni. Bila ditanya..apa perasaan harini.. aku luahkan segala-galanya..aku ambik kesempatan ni nak kata apa yang aku nak kata. Result 4 test aku cantik. Endokrin pass. Blood test untuk tiroid pun ok. Apa lagi? Sampai bila aku nak dapat operate? Umur aku dah nak masuk 40. Sedangkan untuk proceed IVF kalau lebih umur..risiko tinggi dan peluang rendah..sampai jatuh airmata aku..perasaan geram..nak marah..sakit hati..kecewa..bercampur semua. Doktor terus bangun tarik tisu bagi kat aku..

Aku kata,aku stress. Stress sebab menunggu benda yang tak pasti. Kalau aku tak layak untuk di operate, bagitau saja.. aku boleh berhenti datang sini. 6bulan masa terbuang. Jumpa pakar pun belum. Kalau ikutkan hari ni..untuk jumpa psikiatri sahaja.. WHAT FOR??? Kalau aku tak bersedia..buat apa aku ikhtiar datang kesini? 

Terkejut suami aku tengok aku menangis harini. Mujurlah Dr.Psikiatri tu baik..dia terus bangun pergi bincang dengan Dr.Pakar... Alhamdulillah.. dapat jugak aku ber4mata dengan pakar Mr.Mark. Dia pun ulang benda yang sama sepeeti yang dah diterangkan kat aku masa 1st time appointment dulu. Mula-mula  dia putuskan nak buat sleeve aje.. tapi disebabkan aku ada Hiatus Hernia, dia cadangkan untuk buat bypass. 

Ada aku tanya pasal step untuk mohon dengan JPA untuk beli stapler..dia kata, bayar dulu dan kemudian baru apply dengan JPA sebab tak pasti kos sebenar. Selesai operation baru boleh tahu.  Oklah dah dia cakap macam tu. Bila ditanya tarikh.. katanya bulan 6. Aku minta sebelum puasa.. minta tolong..katanya bulan puasa dia tak rekomen untuk buat sebab waktu makan berubah.

Aku perasan ada 2-3 nurse dok tengok-tengok aku..yelah.. patient menangis kot. Serius aku stress tahap gilababun kot. Tak ada kata putus. So sebelum balik harini, diberi surat rujukan je Klinik OSA di HSB untuk sambung guna CPAP. Dan 2 borang untuk test darah lagi, dan XRAY dada. 2benda ni boleh buat di Ipoh atau di HSB. 

Surat rujukan ke HSB untuk sambung CPAP

Borang untuk buat XRAY

Borang untuk test darah 
Coagulation Profile : Full Blood Count(FBC)

Dan..
Liver Function Test(LFT), Renal Profile(RP)

TCA seterusnya.. 02.04.2020

Kadang-kadang rasa macam nak leburkan aje saving yang ada untuk buat di private..tapi rugilah 18tahun servis aku dengan kerajaan kalau aku tak guna kemudahan yang ada. Itu saja cerita untuk ditulis harini.

Perjalanan yang sangat panjang dan menyiksakan!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

HATERS ARE NOT WELCOMED!!!

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...