Sabtu, 28 September 2019

TAKTIK BARU SCAMMER

Assalamualaikum

Apabila orang ramai sudah mula bijak dan tidak lagi tertipu dengan scammer secara panggilan telefon, maka para scammer mula mencari alternatif lain untuk menipu. Antaranya..seperti contoh berikut;



Di hari yg sehari kini gue pun hampir dikelentong juga oleh scammer ni. Beliau berlakon jadi inspekter sahab menggertak gue ada hutang dgn cukai pendapatan dgn SPRM. Dia minta hubungi balai polis IPK Kuala Terengganu utk elakkan tindakan segera. Bila hubungi balai dan bagi segala maklumat, inspekter sahab tu bgtau sy terlibat dgn kes penggubahan wang haram dan dadah antarabangsa, kemudian dikenakan waran tangkap ni. Akaun perlu dibersihkan untuk siasatan JSJK dan BNM. No telefon, alamat IPK sama dgn di google. Licik. Otak geliga boleh bikin batu tandas.

Awasi diri rakan-rakan semua. Ada manusia yg kerjayanya menghisap darah orang lain lalu menikmat hidup di atas kesakitan yg ditanggung orang itu. Semakin banyak peraturan keselamatan dicipta, semakin banyak penyelewengan berlaku. Teknologi sama naik dengan serakah manusia
*****


Mohon semua berhati-hati dan abaikan semua benda mengarut ni. Dari segi bahasa yang digunakan, scammer ini kebanyakkan orang Indonesia, cina dan india. 

1 ulasan:

  1. berani betul, siap signature hakim negara. memang makin licik scammer sekarang. thanks share info. penting ni, untuk elakkan ditipu

    BalasPadam

HATERS ARE NOT WELCOMED!!!

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...