Selasa, 17 Mei 2016

DISCOVER KEDAH 2016 - TAPAK ARKEOLOGI SG.BATU

Assalamualaikum.

Merongkai sejarah peradaban manusia di Negeri Kedah, semakin digali, semakin lama usia negeri ini ditemui. Kali ini, tapak Arkeologi yang baru ditemui iaitu sekitar tahun 2009. Merupakan pelabuhan zaman purba yang mengendalikan perusahaan peleburan logam pada ketika itu.



pic credit to : festivalkedahtua.blogspot.my

Ahli Arkeologi telah menemui 97 tapak dalam keluasan 4km persegi. Beikut adalah data yang diperolehi hasil penyelidikan Pusat Penyelidikan Arkeologi Global (PPAG), Universiti Sains Malaysia . Sungai Batu telah mula digunakan sejak kurun ke-5 Sebelum Masihi, berterusan, daripada semasa ke semasa, sehingga kurun ke-17 Masihi, iaitu selama 2200 tahun. Ini mengesahkan Kompleks Sungai Batu adalah tamadun tertua di rantau ini dan ianya telah wujud 525 tahun sebelum Masihi.

pic credit to : arkeosungaibatu.blogspot.my


Ekskavasi 2009-2013- telah mengkaji 46 tapak dalam keluasan sekitar 0.2km yang mendedahkan pelbagai fungsi yang jelas menunjukkan sebuah tamadun. 1 tapak ritual (penyembahan) di kelilingi oleh 5 senibina dewan. 10 tapak jeti di kedua-dua tebing Sungai Batu Kuno- menggambarkan sebuah pelabuhan. 17 tapak peleburan besi. Selebihnya, 13 tapak senibina bangunan sokongan (bangunan pentadbiran) yang semunya terletak di bahagian barat pelabuhan Sungai Batu kuno.

pic credit to : arkeosungaibatu.blogspot.my

Sehingga kini 17 tapak peleburan besi telah dikaji. Bukti menunjukkan besi mula dilebur di Kompleks Sungai Batu sejak kurun ke-4 Sebelum Masihi.


Lakaran kedudukan Sg.Batu purba, sebelah kiri adalah jeti dan bangunan pentadbiran dan sebelah kanan adalah menumen ritual dan tapak peleburan besi
pic credit :www.facebook.com/sungaibatu500bc

Bagi yang meminati sejarah lalu, inilah tempat yang paling tepat untuk dikunjungi dan maklumat lanjut, boleh didapati di FB Page www.facebook.com/sungaibatu500bc.  Inilah khazanah negeri yang tidak ternilai yang harus dipertahankan. Dan sejarah membuktikan Kedah bukan alang-alang negeri, disini bermula segala-galanya.


*info sumber : http://arkeosungaibatu.blogspot.my/
                    :www.facebook.com/sungaibatu500bc


"Kedah Malaysia..
where it all began"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

HATERS ARE NOT WELCOMED!!!

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...