Ahad, 1 Mei 2016

DISCOVER KEDAH 2016 - MUZIUM ARKEOLOGI LEMBAH BUJANG

Assalamualaikum.

Kembali ke tempat bersejarah. Muzium Arkeologi Lembah Bujang merupakan satu-satunya Muzium di Malaysia yang mempamerkan koleksi arkeologi yang membuktikan kewujudkan pusat perdagangan antarabangsa dan perkembangan agama Hindu Buddha di Asia Tenggara kurun ke 3 masehi hingga ke 12 masehi.

pic  :www.jmm.gov.my

Terletak di atas Bukit Batu Pahat, Merbok, Kedah kira 23 km dari Bandar Sungai Petani. Dibina untuk menjalankan kerja-kerja penyelidikan dan ekskavasi arkeologi serta mempamerkan artifak-artifak protosejarah atau sejarah sebelum islam dari tapak tanah bersejarah di Lembah Bujang. 

Candi Bendang Dalam
pic:google

Dibuka dengan rasminya pada 23 Januari 1980 oleh Kebawah Duli Yang maha mulia Al-Sultan Almu’tasimu Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu’adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah, Sultan Kedah Darul Aman. Bahan-bahan Arkeologi yang dipamerkan di Muzium ini merupakan artifak-artifak arkeologi yang ditemui melalui kerja-kerja penyelidikan di ekskavasi arkeologi ditapak-tapak arkeologi di sekitar kawasan Lembah Bujang dengan keluasan 400km persegi.

Candi Bukit Batu Pahat
pic:google

Artifak Arkeologi yang dipamerkan dalam Muzium ini merupakan bahan-bahan yang membuktikan bahawa Lembah Bujang merupakan pelabuhan antarabangsa dan pusat perdangangan yang telah dikunjungi oleh pedagang-pedagang yang menguasai jalan perdagangan laut antara negara-negara di timur dan barat terutama pedagang-pedagang China, India, Arab disamping pedagang-pedagang Melayu dari Kepulauan Melayu yang menguasai rempah ratus dan hasil hutan exotika untuk pasaran timur jauh sejak kurun ke 5

Candi Pendiat
pic:google

Lokasinya di atas bukit dikaki Gunung Jerai, menyajikan pemandangan yang sangat indah. Tedapat 17 buah candi yang diiktiaf. Sebahagiannya berasal dari sekitar Lembah Bujang dan dipindahkan ke kawasan muzium bekenaan. Tiada bayaran masuk dikenakan. 

Candi Pengkalan Bujang
pic:google

Di antara kesan-kesan sejarah di Lembah Bujang yang merangkumi kawasan seluas 224 km persegi itu ialah candi-candi dan artifak-artifak pemujaan dalam agama Hindu-Buddha. Beberapa buah candi telah dijumpai seperti Candi Pengkalan Bujang, Candi Bukit Batu Pahat, Candi Pendiat dan lain-lain.

Candi Batu Pahat misalnya dipercayai dibina dalam kurun Ke-6 Masehi. Penemuan ahli-ahli arkeologi menunjukkan candi-candi ini dibina dengan menggunakan batu-batu pejal. Sebanyak 50 buah tapak-tapak candi telah dijumpai di Lembah Bujang. Candi-candi tersebut dianggarkan dibina antara kurun Ke-4 hingga kurun Ke-12 masehi
"Kedah Malaysia..
where it all began"

1 ulasan:

  1. sini... x pernah pergi.. pernah melalui di jalan utamanya shj.

    BalasPadam

KOMEN YANG MURNI2 AJE ...

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...